Jangan sesekali ungkit pengorbanan ibu~
Jasa ibu tiada galang gantinya, semoga segala pengorbanan dan susah payah membesarkan kita mendapat pembalasan di akhirat kelak..
kita semua sayang pada insan yang melahirkan kita...ada yang tak rasa malu nak cium peluk insan yang istimewa dan ucapkan kita sayang padanya dan ucap SELAMAT HARI IBU! tapi bagi sebahagian orang macam aku ni...bukan tak nak buat macam tu peluk cium kat mama..tapi aku jenis yang tak tonjolkan sayang aku ni....lafaz yang tersimpan..yes! memang tepat pun...aku tak tahu lah kenapa susah sangat nak ucap kalimah berharga tu walau aku sayang sangat kat mama..setiap tahun aku hanya sambut dengan beli kek dan hadiah untuk mama..tapi tak pernah bagitahu yang aku ni sayang kat mama...kalau nak bagitahu pun, melalui wall Facebook...itupun bila aku jauh-jauh dengan mama dan tiba-tiba rasa rindu kat mama..aku cepat rasa rindu kat mama..tapi tak pernah cakap pun..
aku tahu ada je orang macam aku kat luar sana..dan terbukti adik-beradik aku pun macam tu..cuma adik bongsu aku je yang senang nak lafazkan dia sayang & rindu mama..mungkin sebab dia bongsu & rapat dengan mama..tak hairanlah aku rasa...
Oouurghh..aku rasa itu ego aku kot...susah sangat nak cakap sayang kat mama..tapi selalu aku tanya mama, "Mama sayang angah tak??" hahaha...sebab dah biasa tanya macam tu so aku rasa ayat tu jek aku berani cakap..walau jawapan mama kadang-kadang, "Mama tak sayang angah pun.." "Semua anak mama, mama sayang"..hahhaa..*lompat-lompat dengar jawapan mama yeah! yeah!
haha..tapi apa-apa pun..angah tetap sayang mama....muah muah muah...*mama!! bacalah blog angah! walau mama tak pernah bukak blog angah..hahaha....
ni lagu untuk mama dan untuk ibu-ibu yang ada anak ego macam aku ni..hahahaha....
LAFAZ YANG TERSIMPAN...
Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya
Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu
Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia
Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu
Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia
Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata
Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan
**sebuah lagu boleh ditafsir dalam pelbagai cara. memahami lagu ini sebagai satu pernyataan daripada seorang anak yang tidak pernah melafazkan ucapan sayang pada ibu bapanya, hanya menzahirkan melalui perbuatan. lalu munsyid menyeru supaya anak2 ini berani melafazkan sebelum menyesal di kemudian hari. :)
ok..aku touching....
mama,
i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face everyday
buat mama,
angah sayang mama..maaf sebab tak tunjukkan angah sayang mama..tak tunjuk bukan bermakna tak sayang kan ma kan...angah selalu doakan mama sihat sejahtera dan sentiasa mendapat perlindungan dariNya dunia dan akhirat...angah mintak maaf kalau-kalau angah ada buat kan mama terguris atau tanpa sengaja telah jatuhkan setitik air mata mama disebabkan perangai angah..angah mintak maaf..terima kasih kerana memberikan kasih sayang yang sepenuhnya...i'm pround hve mother like u...terima kasih jugak lah sebab tak marah angah dengan perangai anak dara mama ni..yang tidur lambat..bagun pun lambat..macam orang bujang..kadang-kadang malas nak tolong mama..mama tak pernah marah atau ungkit walau sedikit pun..mama buat je kerja mama walau terdetik perasaan seorang anak, kenapa tak rajin tolong mama?? walau ada perasaan macam tu, tapi angah jarang tolong mama..hehe..terima kasih jugak atas didikan agama mama yang selalu berpesan pasal solat, pasal agama..sampai anak mama jadi macam ni..sedang berubah perlahan-lahan menuju kebaikan..insyaAllah amin...
sayang mama
-perincess mama..:) :) :)
lagu khas untuk mama..
Tweet
sad ! we are same ! :') i love my mum too.
ReplyDeletehaha..ego kite la wan kan kan kan...tak terlafaz..hanya lisan yang ditonjolkan..touched!!
ReplyDeletebole plk mama ckp 'mama cantik,anak cantik.kecuali diana daniele". HAHAHHA
ReplyDeleteMr. Superman : haha.. mama memang macam tu :P
ReplyDelete