"Aku tak perlukan CINTA..aku mampu hidup sendiri. Aku tak bergantung kepada sesiapa. Sendiri lebih baik. Selamanya aku mahu begini. Dan aku pasti akan terus kuat dengan pilihan ini.."
Kalau kite tengok orang-orang di sekeliling kite, ramai yang berfikiran macam ni...sama macam aku mase waktu mule-mule patah hati a.k.a frust menonggeng...rasa macam dah putus asa nak terima ape-ape cinta yang datang...bile ade yang mule tunjuk muke nak kenal dekat dengan aku..aku dah naik menyampah..ahh..kamonlah...hati tak elok lagi..
rasa dah cukup segala yang ada dalam hidup sampai dah tak fikir masa depan yang tak sejauh mana..malas nak fikir bende-bende macam tu..hidup macam ni lagi ohkay what...
Benarkah manusia boleh hidup sendiri tanpa CINTA dan kasih sayang?
Bermaknakah hidup seorang diri tanpa teman hingga akhir hayat?
Kadang-kadang manusia rasa begini sebab rasa kecewe yang menebal..Disebabkan takut dikecewekan lagi, hati ditutup selama-lamanya untuk terima insan lain..Sesiapa yang datang nak kenal lagi dekat, ditolak awal-awal sebab lebih percayakan diri sendiri..
Boleh hidup tanpa teman@CINTA??
everyday of your life is a PAGE of your HISTORY
Bukankah ALLAH telah menciptakan lelaki dan perempuan dari pelbagai suku, bangsa dan agama untuk saling mengenali?
Dan kerana manusia itu takkan boleh hidup sendiri, ALLAH perintahkan agar manusia membina sillaturrahim bagi melancarkan kehidupan di muka bumi ALLAH..Dia Maha Mengetahui bahawe manusia itu saling bergantungan dan melengkapi keperluan masing-masing...
Sedangkan seorang lelaki perlukan isteri bagi melengkaplan hidup dan menyempurnakan separuh agamanya, seorang anak perlukan ibu dan ayah bagi membimbing hingga cukup umurnya, seorang pelajar perlukan guru bagi mendidik tentang beza antara yang benar dengan yang salah, dan seorang teman perlukan teman yang lain bagi berkongsi tentang hidup yang sementara, sudah tentu sekeping hati itu perlukan pemegangnya.....
**kerana CINTA itu bagitu luas maknanya, hargailah setiap kecintaan di sekelilingmu...
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!