Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

31 May 2012

Kenangan Jamboree Budaya Serumpun Indonesia-Malaysia 2010 (part 1)

Sudah hampir 2tahun aku tak jejak ke bumi seberang, Sumatera Barat, Indonesia...adik-adik angkat aku di seberang selalu jek hantar pesanan; "Kak Erny, bila nya mahu ke Bukit Tinggi? Rindu in sama kakak"...memang rindu saat-saat camping dan melakukan aktiviti bersama-sama Pramuka(pengakap di Indonesia)..

Aku bukanlah dari unit beruniform Pengakap ketika waktu aku di bangku sekolah...aku hanya kadet kesihatan(nama komersil bak kata abang atep) a.k.a PBSM....hahaha...akan tetapi semangat aku untuk mencari pengalaman di bumi orang semakin membuak-buak. Sebenarnya aktiviti ini khas untuk Pengakap sahaje...memandangkan bayaran untuk mangikuti program ini memakan belanja hampir 1k...so, tak ramailah yang nak join program ni dan guru nasihat Pengakap membuka tawaran ini kepada unit beruniform lain untuk mencukup kan ahli kerana kitorang akan mewakili Kontinjen Negeri Sembilan.....Siape tak mahu nak mewakili negeri kan? Sebab 1 Malaysia setiap negeri menghantar wakil dan mewakili setiap negeri...dengar pun dah cukup teruja....Lebih-lebih lagi ke negara orang...aku berminat mengikuti program ini sebab nak cari pengalaman baru selama 2minggu di sana...

Baju uniforam kaw-kaw lah aku tak de...nak buat macam mana lagi..nak tak nak kene pinjam lah segala alat kat junior-junior aku..nasib baiklah aku ni kecik jek (konon)..so , senang sikit nak carik baju..aku pinjam baju adik dorm aku yang form 1...aku tak tahulah...baju die ni besar ke, ke aku yang kecik..sebab adik dorm aku ni kurus jek...nak sedapkan hati, aku cakaplah aku ni kurus...hahaha..(aku tahu ade je yang buat mate ke atas tangan ke bahu)..

Tapi baju adik dorm aku ni tak lengkap...lencana pengakap pun tak lengkap...sebab die baru form 1..kire memang baju pengakap die tak lengkap lah...Hari nak bertolak tu, bertolak ke Airport Subang pada pukul 10malam ni...petang tu aku sibuk dok jahit segala lencana nak bagi lengkap..nombor kawasan, lencana yang tertulis Pengakap Malaysia, lencana itu, lencana ini, lencana Jambore dari Kontinjen Negeri Sembilan dan lencana dari MALAYSIA...





(JOURNAL ERNY NURYASSMIEN BINTI AMRAN: KONTINJEN NEGERI SEMBILAN
8-12 JUN 2010)
*kami dikehendaki membuat journal sepanjang 2minggu berada di sana

Selama kurang dari sebulan aku menyiapkan segala kerpeluan untuk camping jamboree ni...Passport, surat itu ini, alatan pengakap, baju uniform etc...



Yeahh....muke aku masuk dalam buku mewakili Kontinjen Negeri Sembilan.....tengok muke aku budak PENGAKAP beb! kau ade? kau ade? kriikk~ kriikk~ (ohkay.tak de orang)

Kami bertolak pada malam 4 Jun 2010 (Jumaat) pada pukul 10malam dari SM SAINS TUANKU JAAFAR...di mana semua Kontinjen Negeri Sembilan berkumpul..Kami bergerak bersama-sama dari sini dengan menaiki bas....Kami sampai di Airport Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada pukul lebih kurang 2 pagi...Sesampainya di sana, suasana sangat sunyi kerana tiada jadual penerbangan untuk waktu-waktu sebegini...Jadi ape perlu buat? Kami hanya lepak di Mc'D bersebelahan dengan airport...Bila dah berkumpul ramai-ramai, ramai plak geng-geng sekepala, memang tak tidur lah walau kitorang perlukan rehat yang cukup...Yang kami tahu, merayau 1 airport, makan puas-puas di Mc'D sementara menunggu hari esok....Dalam waktu-waktu macam ni lah kami rapatkan lagi hubungan dari sekolah-sekolah lain yang mewakili Kontinjen Negeri Sembilan ni...Kerana bile di bumi Sumatera Barat nanti, dengan ahli-ahli inilah kami akan bekerjasama...



Usai saja solat subuh dan sarapan, kami menyiapkan diri bersedia untuk arahan seterusnya....kerana jadual penerbangan kami pada pukul 9:50 pagi..



Pada pukul 8:30 pagi, kami diberi sedikit taklimat sebelum pemeriksaan bagasi...Pada pukul 9:15pagi, para kontinjen berada di balai berlepas.....Sebelum aku melangkah ke balai berlepas, aku sempat lagi menelefon mama & papa (dengan nombor berlainan sebab nak cakap dengan kedua-duanya sekali)...sempat jugak aku terima nasihat mereka sepanjang berada di tempat orang..Seat kami telah ditentukan berdasarkan tiket yang kami terima...mujurlah aku duduk bersebelahan dengan rakan sekelas aku walau lelaki...(aku duduk kat kepak beb! huuuu....pasrah)





Baru berlepas...Masih di Malaysia

Semasa di dalam flight, kawan lelakiku duduk di bahagian hadapan sekali....Pramugari Firefly yang memakai mini skirt duduk di hadapan menghadap para penumpang ketika kapal ingin berlepas...Masing-masing memakai alat keselamatan...Yang aku dok perhatikan, kawan aku tadi sibuk memandang paha dan betis pramugari tersebut...kemain lagi...semua orang dalam flight sibuk tahan gegendang telinga ketika kapal nak berlepas, die sibuk kawal mata ke situ....hahaha....kami yang duduk area berdekatan hanya bergelak ketawa sehinggakan mereka yang lain di seat belakang ingin tahu ape yang kecoh di hadapan...haha..



Di bumi Indonesia...


Kami mendarat pada pukul 11:25pagi di Airport Pekan Baru.....Sesampainya di situ kami diberi sedikit taklimat..Aku terus menghantar SMS kepada mama bahawa aku telah sampai...bile aku cek baki kredit aku....perghhh...omangaiii!! tolak RM3...mama pulak balas...tolak lagi RM3...pastu mama hantar lagi..siap call...perghhh....tolak tolak tolak lagi...hahaha...so aku bertekad, sampai jek di Pagaruyung Sumatea Barat, aku nak tukar prepaid Indonesia....jimat sih....

Di Airport Pekan Baru



 Selepas mengambil bagasi, kami menaiki van pelancong untuk tiba ke lokasi sebenar kami di Istano Basa Pagaruyung, Sumatera Barat, Indonesia...Pada pukul 12tengah hari, kontinjen makan tengah hari di 1 restoran yang terkenal di situ (aku dah lupe nama die ape)...bagi penduduk di sini, restoran ini hanya orang-orang berduit sahaja....Tapi bagi kite sebagai rakyat Malaysia, seperti restoran biase..selepas itu kami meneruskan perjalanan mengambil masa selama kira-kira 8 jam di tambah berhenti solat zohor dan asar...lamekan? Bertapa penatnya tidur duduk di dalam van..hoho....Sepanjang berada di dalam van, aku dapat lihat kehidupan orang-orang kat sini...area sini tak berapa nak maju sangat...Betapa untungnya kite kat Malaysia ni kan...Tapi yang aku nak bagitahu..sampai jek kat sini...secara automatik aku cakap loghat Indon...hahaha...aku ingat aku sorang jek macam tu...kawan-kawan yang lain pun macam tu....kadang-kadang aku sendiri tak tahu ape aku cakapkan sebab sumpah giler terabur ayat..hahaha!

Pada pukul 9malam kami tiba di Tanah Datar, Sumatera Barat dan berhenti di Islamic Center...


Sesampainya di sana, kami diberi taklimat dan dijemput merasakan air minuman tradisional masyarakat di situ...aku pun turut teruja nak mencuba minuman unik tu kerana minuman itu diminum degan menggunakan tempurung kelapa, dan di tambah segala bahan pelik yang aku sendiri tak tahu....Aku ambil air dalam kuantiti yang banyak dek kerana terlalu teruja...(alamak, gambar yang aku minum minuman tu ade dalam pendrive aku yang kene virus.tak dapat nak tunjuk..huuu)...Dengan lafaz bismillah aku mula menghirup minuman itu.................................peerghhhhhh.....aku dah stat buat troll face.....tak tahu lah nak cakap macam mana ape yang aku rasa...manis giler pun ade..kelat-kelat pun ade...bau jamu pun ade...hahaha...memang tak habislah aku minum...hoho....selepas itu kami dilatih menyanyikan lagu tema Jamboree Budaya Serumpun Indonesia-Malaysia diketuai oleh penasihat Pramuka Indonesia...sangat happening....enjoyed! BEST!

ini dia lagu JAMBORE BUDAYA SERUMPUN INDONESIA-MALAYSIA


Malam tu memang kitorang berlatih nyanyi lagu tu je lah sebab esok ade perasmian pembukaan Jambore Budaya Serumpun Indonesia-Malasysia...kitorang dah la tak hafal lirik....yang semangat kitorang nyanyi "JAYALAH....JAYALAH....INDONESIA DAN MALAYSIA.."...dah itu lirik paling senang hafal...hahaha...selepas diberi minum malam, kami masuk tidur di bilik khas di Islamic Center ni.....
Hari pertama yang memenatkan.....

Sambungan nya di sini




No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!