Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

31 May 2012

Kenangan Jamboree Budaya Serumpun Indonesia-Malaysia 2010 (part 2)

**sambungan dari sini

6 JUN 2010, awal-awal pagi kitorang dah bagun urus diri semua sebab hari ini kitorang kene berkumpul dengan semua Kontinjen Negeri Sembilan....Selepas sarapan pagi kami berkumpul melakukan senaman pagi..Pada pukul 9pagi, penasihat kitorang nak 6 orang lelaki dan 6 orang perempuan untuk ikot die pergi  Bukit Shaduali Indah...yang best nya, 12 orang semuanya dari kalangan sekolah aku STJ...antaranya aku lah yang dapat pergi dalam ramai-ramai...aku pun ade jugak tertanya-tanya...kenapa 12 orang? kenape tak ajak semue kontinjen? tapi aku hanya tertanya-tanya di dalam hati jek....ape yang penting aku terpilih ikot diorang...hahahaa! (gelak jahat)

Pemandangan di Bukit Shaduali Indah memang sangat best bile pergi waktu pagi-pagi...nak ke sana kene lalu bukit yang curam....mule-mule aku takot jugak la..takot jip yang kitorang naik ni terbalik ke belakang sebab curam...Alhamdulillah tak de ape-ape....dari atas ni kite boleh nampak semua tempat di Pagaruyung Sumatera Barat....Kalau nak katekan Pagaruyung ni macam negeri Kedah pun ade sebab kebanyakan masyarakat kat sini mancari rezeki dengan menanam padi...Dari bukit ni jugak kite boleh lihat gunung berapi yang diberi nama Gunung Merapi dan Bukit Barisan yang membentang dari Batu Sangkar dan Acheh...


Petang tu plak, kitorang berpindah ke tapak perkhemahan kerana kontinjen dari negeri lain pun dah sampai...Hari ini dan keesokkan harinya memang kitorang punye aktiviti sangat bebas sebab Hari Perasmiannya pada hari Selasa....kitorang jalan-jalan pastu shopping dekat sekitar Istano Basa Pagaruyung, Sumatera Barat, Indonesia...berdekatan dengan tapak perkhemahan kitorang ade macam karnival sempena program Jambore peringkat antarabangsa ni....meriah lah jugak...sempat la shopping baju, kain, makan banyak-banyak..haha....




Di belakang kitorang ni merupakan Istana Basa Pagaruyung, Sumatera Barat...Istana ni merupakan istana yang dibangun pada zaman Raja Aditayawarman...kat sinilah nanti hari Selasa Hari Perasmian Jambore kitorang...

Kitorang jalan-jalan dekat karnival tu...nampak lah promotion jual prepaid...ade macam-macam jenis..so kitoang amek yang terbaekkkk....lepas tukar sim, terus memasing mintak nombor memasing sebab senang nak contact bile memane nak pergi memasing dah berpecah nanti...sebelum aku tukar sim, gune sim Malaysia, aku bagi mesej, orang lain dari Malaysia hantar mesej kat aku, tolak RM3...ayooo..bankrup terus aku...hahaa...sumpah dah bankrup tak de kredit giler time tu...

lepas gune sim baru, aku hantar mesej ke Malaysia dalam 2000 rupiah (dalam 50sen la)..tapi Malaysia hantar mesej tolak RM1 kredit diorang...bukan kredit aku..aku lah untong...tapi tapi, bile dah syok mesej-mesej...kredit habis plak....aku carik la kedai runcit nak top-up...

"Saya nak topup"

"Tappap? tappap? apa in sih?"

"Topuppppp...." (aku dah tak tahu nak cakap ape.baru aku tahu diorang tak tahu ape tu 'topup'..hahaha)

"Apa in sih? aku ngak ngertinya...." (makcik ni dah berkerut dahi..aku lagilah berkerut.huu)

"Masuk uwang nya, tambah uwangnya di dalam telefon...prepaid! prepaid!"

"Pulsa ya?"

"Hah?? Pulsa??" (alahai...ape lak bende tu...)
*kawan aku tetibe datang..die kate, pulsa tu topup la...OOOOOOooooooo

"Haa....iya iya..pulsa..pulsa...pulsanya..." (FFFFFFUUUUUUUU)




Hari seterunsya di sini

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!