Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

23 May 2012

Berpurdah..Biar Bernilai Solehah


Ramai wanita mengimpikan diri dinobatkan sebagai wanita solehah, tapi malangnya dalam mencari solehah mereka tersilap langkah. Sedang mereka berusaha memperbaiki diri sendiri, tanpa sedar mereka sedang melumurkan najis pada hati masing-masing. Kadang-kadang hati bergelora inginkan perubahan..Semua ingin berubah..berubah ke arah yang lebih baik..Tapi malangnya, hati yang lemah terus lemah tidak kuat... Sebenarnya, kenapaka kita berpurdah?? Cuba korang fikirkan balik...

**Mungkin korang nak tunjuk yang korang solehah

**Mungking korang nak menawan hati kaum adam yang beriman

**Mungkin korang nak dianggap sebagai seorang gadis cantik, sebab kebiasaannya wanita berpurdah di kaitkan dengan seorang yang berwajah cantik

**Mungkin korang nak lebih menonojol berbanding kawan-kawan yang tidak berpurdah

**Atau korang takut dirogol?

Andaikata salah satu jawapan di atas...TAHNIAH! kerana nafsu korang telah berjaya menumpaskan iman..


Wanita yang menutup auratnya dikasihi sekalian makhluk para malaikat, para Nabi dan dikasihi lagi oleh ALLAH. Ia benar dan jelas sekali di dalam SUrah Al-Ahzab ayat 59



SOLEHAH BUKAN DI MATA

Lelaki bukan memandang seorang wanita pada purdah yang dipakai atau labuhnya jubah yang disarung..Namun solehah terletak pada hati..Ya..HATI! Ada sesetengah perempuan yang memakai purdah tetapi bile berbicara dengan lelaki jauh sekali dengan penampilannya. Hanya indah khabar dari rupa...Hidup hanya untuk sekadar sedapkan mata..
Bila memakai sarung lengan atau memakai tshirt, sepatutnya sembunyikan sarung tangan yang menampakkan susuk tubuh tangan tu..
Bukanlah bermakna menafikan kebaikan berpurdah, namun peringatan agar dalam melakukan sesuatu keharusan kite tidak menambahkan lagi dosa..

IKHLAS MENUTUP PINTU FITNAH

Pemakaian purdah sebenarnya bertujuan untuk menutup pintu fitnah, bukan menambahkan lagi kualiti wanita yang bergelar solehah hanya di wajah. Sesungguhnya mereka yang berpurdah itu hakikatnya mereka ingin menutup fitnah pada diri mereka, tidak ingin dilihat oleh lelaki sekalipun wajah itu adalah ruangan halal untuk di zahirkan. Apatah lagi untuk dikongsi-kongsikan.



"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasaanya (auratnya)....(surah an-nur:31)




MAKSIAT DI SEBALIK TUDUNG

Fenomena yang tidak asing lagi mewarnai wanita bertudung, ada sebahagian wanita yang mengambil kesempatan bertudung untuk melindungi dirinya daripasa disangkan buruk bila bersama-sama dengan lelaki, sehingga tudung itulah yang dijadikan penutup wajah lelaki yang bersembunyi di sebalik tudungnya, membenarkan teman lelaki memuaskan nafsu serakahnya, bahkan ada yang jadikan tudung sebagai pakaian untuk mengaburkan mata manusia daripada mengetahui bahawa mereka sedang hamilkan anak luar nikah. Kalau pakai tudung, orang takkan nampak ada dua tangan jantan yang sedang memegang "tombol" api nereaka di badannya. Wanita inilah yang menodai kesucian mereka yang benar-benar memakainya kerana mematuhi syariat ALLAH. Demikianlah wanita yang bergelar calon ahli neraka yang akan menerima azab siksaan hari akhirat nanti...


"Sesungguhnya ALLAH hanya menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri"
(Al-Bakarah [2]: ayat 222)



**I am not too good to say, I also want to change the week and to show something better for you...

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!