Ha...lelaki mesti tak suka kalau teman wanitanya gemukkkaaaannnn!! Alah...jangan tak mengaku la..wahai semua lelaki...Kesian wanita yang gemuk.....mesti terasakan....(termasuk aku..hohoho).....Contohnya kalau nak shopping mesti jurujual tak layan atau pandang sinis jer...Meskipun tubuh besar, tapi hatinya mestilah terusik walau sedikit...Kalau Tuhan tu memberinya pilihan sudah pasti die akan memilih untuk memilik tubuh yang menarik dan ramping bagaikan supermodel...
Meh sini aku nak story sikit....Betul ke orang gemuk tak ada yang nak kawan? Kawan aku pun ada yang gemuk jugak....Orang gemuk pun cantik...Salah satu perangai orang gemuk ni....Nak tahu kecantikkan die ape?? .Hati die baik, penyayang, suke buat lawak, ambik berat pasal kite, kelaka, kalau nyanyi best...Itulah sebenar-benar kecantikan...Kalau ramping cam model kalau hati die busuk asyik nak mengutuk orang badan tak ramping macam die...tak cantik jugak..batul tak??
Bagi aku kawan dengan orang gemuk ni best taw....sebab die ni tak delah over perasan lawa macam others yang kurus dan perasan die lawa/hensem...orang gemuk ni salah satu yang best nye, die pandai buat lawak natural..yelah..aku ni pulak jenis suke ketawa...bile kawan dengan orang gemuk ni, mereka ni suke menghiburkan orang-orang sekeliling...best kan kan kan....Orang gemuk ni selalunya die pandai masak....Yela, mereka ni sentiasa terasa nak makan..tak kan nak beli jek atau nak suruh orang masak..so, mereka mengambil insiatif untuk belajar masak so diorang nak makan ape-ape diorang boleh masak sendiri...Haaa..siape kate orang gemuk tak best...Para lelaki yang bujang, cariklah wanita yang gemuk....sebab konform-konform die pandai masak tanpa diragui....Bukan itu yang kalian mahu?
Jangan pandang seseorang pada gemuk ya....Ramai orang macam mereka yang berjaya...etc; Adibah Nor, Afdlin Shauki, Bob Kuman dna ramai lagi...HAH!! Siapa kate orang gemuk tak best?? Kepada orang-orang kurus janganlah hendak menghina orang berbadan besar....tak baik mengata orang dan melabelkan orang dengan bermacam-macam perkataan yang boleh menggores perasaan beliau..Terutama lelaki! Hahaha...
Kecantikan adalah pemberian Allah. Bila-bila masa sahaja Dia boleh tarik balik. Seperkara lagi, orang yang berbadan besar ni seorang yang suke berfikir dan memiliki banyak idea yang bernas. Bukan itu je, selain memiliki kualiti kepimpinan orang berbadan besar juga dikatakan lebih caring and loving berbanding orang yang tubuh kurus.... Betul kan kan kan??
Tweet
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!