Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe
Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

5 December 2012

dah tunang dah~

Assalamualaikum...

Aku nak post entri ni tapi asyik postpond je.. Kelas first week aku semester 4 ni pun dah memeningkan aku sebab subjek2 agak tuff jugak lah bagi aku.. InsyaAllah Dia permudahkan.. :)

Aku rasa lepas ni aku agak jarang update entri.. sebabnya aku dah makin bz.. haha.. sementara tak berapa nak bz ni aku update la entri yang dah makin ada sedikit habuk.. fuuuhhh~ *tiup habuk.

Ahad lepas aku pergi kenduri kawan baik aku tunang.. dekat pasir besar.. sampai je area sana, aku nampak dia datang sambut aku.. 4 tahun tak jumpa beb.. last jumpa waktu sekolah. tapi mase tu dulu2 die musuh aku. dan dia agak tomboy sikit.. bila jumpa masa kenduri die.. ahaaaa.. ayu giler kau nyah~ tak sangka  dah tunang kau ye... hehe.. tskk tsskk :'D

bila jumpa non-stop berborak.. ye lah.. lama dah tak jumpa.. lepas tu macam2 cerita keluar. kawan itu kawan ini. hahaa.. dulu kawan aku ni, tak suka aku since sekolah rendah sampai dah menengah. ntah ape hantu die tak suke aku.. lagipun die jenis yang kerap masuk bilik disiplin mase zaman dolu2..

masa sekolah rendah die pernah buli aku plus ugut sampai die kunci aku dalam toilet..walawehh~ dulu aku giler baik sampai aku tak report kat papa (papa cikgu masa tu).. yang paling aku tak lupa kitorang gaduh sampai tarik rambut dekat atas padang sebabnya rumah biru (aku) jauh sikiiiit je markah dengan rumah kuning (die). aku la yang stat dulu carik pasal. aku buat die panas, aku cakap rumah kuning tak hebakkk mane.. die pulak jenis berani touch orang. sekali die datang tarik rambut aku.. haha.. *aku ingat aku sorang je ingat.die pun still ingat lagi.. hahaha! *malu pulak aku citer ni*

masa sekolah menengah aku jadi ketua pelajar perempuan. so tugas2 pengawas aku yang handel.  tempat aku bertugas of kos yes aku yang tetapkan suke suki aku je.. so, aku letak aku bertugas port die lepak dengan tempat kelas die duduk masa assembly. SEBAB.. aku boleh carik salah die masa time aku bertugas.. nampak tak jahat ke tak aku ni?haha...

tapi betul lah orang kata... kalau benci2, lame2 sayang.. sekarang die dah jadi best frend aku.. dah habis sekolah.. dah masuk U baru lah bebaik. die mintak maaf dulu lah.. last2, jadi kawan baik.. haha.. siapa sangka kan? dulu style ganas2 je die ni.. tapi sekarang dah ayu2 gitu.. dah tunang dah pun.. tahun depan dah nak jadi bini orang.. lepas tu mak orang.. *ini yang tak sabar ni*.. bhahaha!

crope pic (private pic)


*nak sambung stady mandarin.. :)

24 May 2012

kenangan itu indah




Kita diberi rasa untuk merasa. Diberi hati untuk dihargai. Diberi masa untuk menunggu. Diberi akal untuk berfikit. Diberi perasaan untuk dikasihi. Terlalu banyak untuk diberi sehinggakan kadang kala tidak dapat membezakan mana kaca mana berlian.



Kata orang, masa dan kenangan yang berlalu tetap tidak akan dapat dilupakan. Lagi-lagi apa yang berlalu itu melibatkan sesuatu yang sangat besar dan bermakna dalam hidup seseorang...

SENYUM



Ada pula orang akan terhibur apabila sesekali memori lalu menyapa ingatan. Ada kenangan manis. Ada kenangan pahit... Namun kedua-duanya akan menjadi suatu kenangan yang indah apabila sudah lama berlalu...dan bile kite merindui seseorang..dengan cara menyapa kembali kenangan...

Betullah kata orang, kite tak akan pernah dapat melupakan masa lalu kite.


MENGIMBAS KENANGAN SEKETIKA




Beberapa jam yang lalu, duduk sendirian menulis dan mencari idea untuk menulis.. Selepas itu didatangi oleh seseorang. Cerite punye cerite akhirnya masing-maisng membuka memori tersendiri.

Kelakar.. Masing-maisng berlumba-lumba nak menceritakan kenangan lalu yang menyeronokkan. Dan boleh membuat kite tersenyum sendiri. Bagi aku, teramat rugi bagi sesiapa yang hendak membenci masa lalu..

Setiap orang, berbeza cara hidup dan keadaan hidup yang ditempuhi. Masing-masing punya 1001 macam kisah yang dipendam. Dalam korang membenci masa lalu tu, cubalah mencari sedikit kebaikan di dalamnya. Mungkin kalau sesuatu itu tidak terjadi suatu masa dahulu, mana mungkin kita seperti masa sekarang kan?


MEMORI PAHIT

Setiap orang pasti ada kenangan yang pahit pernah dilaluinya. Aku juga begitu. Kadang-kadang untuk mengimbas kembali terasa sakit, malu dan menyalahkan diri sendiri pun ada.. Namun itu bukanlah alasan untuk membenci apa yang terjadi. Setiap sesuatu kejadian itu, pasti ada hikmah yang tersembunyi..

Cepat atau lambat sahaja hikmah tu akan kelihatan. Kadang kala, hikmah itu akan ALLAH datangkan tanpa kite sedari. Cuba kite renungkan....


AKU MENGIMBAS




Apabila aku banyak bercerita tadi, beliau banyak diam. Mendengar dengan khusyuk. Aku tahu, beliau merasai kisah aku. Apapun, kenangan banyak terimbas ketika masih kami di bangku sekolah. Dan mempunyai ramai kawan yang masing-masing dengan ragamnya yang tersendiri. Indah..

Setiap kenangan yang pernah aku alami yang pahit-pahit, aku simpan kemas dalam satu sudut memori yang khas. Yang indah-indah, aku akan pastikan sudut yang lebih luas untuk 'nya'...Walau jauh di mata, setiap detik kenangan sangat berharga..

Aku adalah sebagai hamba, maka aku harus menerima keputusan dengan seadanya. Sebab kepadaNya lah aku bergantung...TanpaNya aku mati..

Oh.. Malam ni juge adalah memori baru. Memori yang menjadi pembongkoran kepada memori-memori yang terdahulu..

Semoga ALLAH merahmati kite...