Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

5 November 2012

Telekung Project (mommy we love solat)

Assalamualaikum...





Pernah dengar tak apa itu Telekung Project? LINK TELEKUNG PROJECT

Aku mula mengenali kelab ini beberapa bulan yang lalu ketika aku menonton rancangan Wanita Hari Ini(tak silap aku tapi rancangan TV3). Apa yang membuatkan aku tertarik dengan PROJECT ini kerana bermulanya project amal ini di mana seorang ibu yang bersolat di salah sebuah R&R di sini dan beliau ditanya oleh anak kecilnya tentang telekung di situ. Siapa yang membasuhnya? Siapa yang menjaganya? Dan pelbagai persoalan daripada pemikiran seorang kanak-kanak yang kita sendiri pernah terfikir tetapi terlintas berlalu pergi. 

Lalu, beliau mengambil telekung-telekung tersebut dan membawa pulang untuk dibasuh dan dijahit mana yang koyak dan terus menggantikan telekung-telekung yang baru untuk kegunaan orang awam sementara telekung-telekung tersebut dicuci dan dibaiki. Amalan tersebut telah diamalkan dan berkembang serta ramai sukarelawan yang turut serta. 

Pernah tak kita terfikir nak buat amalan seperti ini? Ikhlas. Selagi orang menggunakan telekung tersebut, selagi itulah pahala terus menerus kita perolehi. Mudahnya nak dapat pahala!

Seberapa ramai sukarelawan yang turut serta dan selagi mana hamba Allah menggunakan telekung-telekung tersebut selagi itulah kita melakukan amalan yang tidak akan pernah putus walau kita sudah berada di liang lahad.

Apa yang aku lihat penyampaiannya di sini jelas sekali bagi menggalakkan lagi untuk kita menunaikan solat tidak kira musaffir sekalipun dan dapat solat dengan kusyuk tanpa ada rasa geli kerana kekotoran yang ada pada telekung tersebut. Yelah, 1 telekung berapa ramai yang menggunakannya.

Kalau nak buat kat surau/masjid di tempat kerja, sekolah, universiti berhampiran kita pun boleh. Sama je kan caranya? Still dapat pahala selagi orang menggunakannya. Aku sendiri pernah terfikir nak melakukannya di U aku. InsyaAllah akan aku laksanakan.

Jadi apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai buat amal semasa hidup ni. Bukan perempuan sahaja boleh turut serta. Bahkan lelaki juga digalakkan. Senangnya nak dapat pahala kan !

Ikhlas kerana lillahi ta'ala :)

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!