Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

13 November 2012

kau dah nak tunang?

Hai hai hai..


Hari ini ntah kenapa aku semangat gila nak update entri tengah-tengah malam buta.. sebab aku ade benda nak masukkan kat sini. bukan sebab esok nak raya Deepavalli aku bersemangat menaip sambil layan bunyi mercun pop pop kat luar rumah.






Al-kisahnya begini...

Tadi aku scroll punye scroll fb home aku dengan muka tak bersalah sampailah aku terjumpa 2 keping gambar seniur kakak kepada kawan baik aku ni. aku ada nampak barang-barang hantaran. dalam fikiran aku.. eh.. akak ni ke punye hantaran? terus aku masuk chat box akak ni sebab aku nak tanya.. tup tup bukan akak tu yang nak tunang. kawan baik aku sendiri nak tunang! wehh~ gile tak gile tu..

apa lagi terus aku call dia.. memang kitorang calling calling sampai kredit maxis aku cecah RM00.03. ok siapa mahu payung kredit maxis aku?? sila sila sila eh..

aku terharu nak menangis pun ada. ye lah kawan baik sendiri nak tunang.. pastu nak jadi bini orang dah..kali ni aku tak nak terlupa pergi majlis kawan aku. sebab before this aku pernah terlupa majlis kawan aku kawen. haishh.. menyesal sangat..salah sendiri.. sumimasen! my bad~

masa tengah bergayut sempat lagi aku tanya nanti kau pakai baju warna apa? berapa hantaran tunang? apa isi hantaran tunang? di balas berapa? berapa lama tunang? tak sangka kau dah nak tunang.sepatutnya aku tunang dulu. eloklah tu kan. benda baik.. eh. asal lak aku rasa aku yang over excited! #kitorang gelak puas-puas. :)

banyak jugak lah aku dengar dia mengadu itu ini. berapa banyak belanja habis. dan ntah yang ke berapa kali tarikh tunda tunda tunda. akhirnya baru dapat tarikh sebenar. yelah. betul lah cakap kau. "setan banyak sangat halang!" HAHA!

apa-apa pun kawan..insyaAllah, panjang umur aku sampai jugak majlis kau. :)

Semoga majlis berjalan lancar.

Rabbi Yassir wala tua'asir ya karim..
Ya Allah, Kau permudahkan jangan Kau susahkan..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!