Assslamualaikum...
Tick Tok Tick Tok....
Eeeiii.. lambatnya nak 10 Oktober 2012 ni... ahhh..nak update malam ni jugak nak jadi orang first yang wish kat adik.. hehehee...
Selalu setiap kali hari lahir keluarga aku, tak kisah la pakcik ke, makcik ke, mama mulalah buat citer panjang dia dengan sejarah terjadi dan terlahirnya seorang insan yang disayangi.. masa birthday aku hari tu, mama tak da citer pon.. angah tak da citer best nak diceritakan ke ma? sob sob sob..ahh..tak kesah la.. mama tak nak citer sebab best sangat..nanti ada orang dengki.. kesian plak kat aku..hahaha..
Kalau mama citer, itu pengalaman daripada mama sendiri.. Kalau aku yang citer, itu dari pengalaman aku pulak..so, lain orang lain pandangan.. lagi-lagi mama yang melahirkan... aku sebagai kakak punya pengalaman apabila pertama kali Allah kurniakan keluarga kami seorang anak lelaki/ adik lelaki selepas 4 orang anak dara, dan keluarlah seorang HERO came to face the world :)
Masa umur aku 9 tahun, awal bulan tak silap.. mama tak sihat dan aku temankan mama ke klinik untuk menjalani pemeriksaan.. aku ingat lagi doktor cina tanya aku..
"Berapa orang adik beradik?"
"4 orang..semuaaaa perempuan" aku tersenggeh jawab dan memang menjadi kebiasaan aku akan bagitahu aku punya adik beradik semuaaaaaaa perempuan...
"Lepas ni mesti lelaki" doktor pandang aku senyum-senyum.
'Harap-haraplah' itu je lah aku boleh jawab sebab masa tu aku kecik lagi.. tak kan la aku nak cakap, saya terima sahaja rezeki yang Allah beri. Lelaki ke perempuan itu tidak menjadi masalah buat kami sekeluarga kalau itu yang Dia beri bla bla bla bla......
Tanggalnya 10 Oktober 2002, pagi pagi lagi papa dah hantar mama ke Klinik Besar Seremban sebab tak silap aku mama dah rasa sakit kot..ehh..entahlah..bila dah masuk bilik cek ibu mengandung, doktor suruh pergi hospital terus.. Hospital Seremban a.k.a Hosptal Tuanku Jaafar.. aku tanya mama;
"Dah nak bersalin ke ma?" Mama cakap, kalau baby nak keluar hari ini, hari ni lah... Oooo...
Lepas tu mama ke bilik tempat ibu-ibu nak bersalin.. Masa tu aku tak masuk dalam tu.. Papa tak kasi. so aku tunggu kat situ dengan alang sambil kitorang main tangga tempat orang tengah buzy nak turun naik.. Nebes tu nebes la jugak nak dapat adik baru, tapi perasaan tak kesah sangat dan teruskan bermain kat area tangga tu tetaplah jugak nak main.. Lepas tu papa ajak kitorang pergi SK Mambau sebab nak amik along.
"Along! Mama dah nak bersalinnnn...mama ade dekat hospital seremban tadi. kitorang la pergi hantar bla bla bla..." laju je aku dengan alang bercerita..
"Ye ke.. kejap lagi nak pergi hospital ke?" pastu kitorang berborak sesama sendiri..Lepas tu kitorang balik rumah, papa je yang pergi hospital..
Pada pukul 10:45 pagi, mama selamat melahirkan baby boy... lepas tu dalam kereta mula lah tanya papa (masa papa jemput kitorang bawa pergi hospital),
"Pa, adik hensem tak?"
"Pa, muka adik macam siapa?"
"Pa, adik putih tak?"
"Pa, nama adik apa pa?"
Papa layan je kitorang tanya itu ini... Padahal kejap lagi nak jumpa adik boleh tengok sendiri..wuwuwuwuuuu
Tapi adik dengan mama tak dapat balik rumah.. sebab adik demam kuning.. memang kuning badan adik gua cakap lu la... lepas tu kena masuk dalam box warna biru..kuning campur biru jadi apa pulak.. jadi macam kulit kita sekarang ke? Tu yang aku tertanya-tanya dulu.. 2minggu adik dekat hospital.. arwah atuk Jaafar yang jaga kitorang... papa ulang alik dari rumah ke hospital.. masa tu berkira-kiralah jugak, bila adik dengan mama nak balik rumah...
CARI NAMA ADIK
Sepanjang mama dan adik ke hospital, aku ingat lagi aku dengan adik-adik dan papa duduk dalam 1 meja dengan ada 2 3 buah buku yang bertajuk NAMA ANAK-ANAK ISLAM... tak lain tak bukan mestilah nak carik nama untuk adik.. hehehe..
papa cakap nak depan nama adik bermula dengan huruf E.. memandangkan nama adik beradik yang lain semua start huruf E..so yang lelaki pun kenalah macam tu..tapi aku terfikir-fikir la.. Apa je nama lelaki bermula huruf E..??? Papa sedang sibuk-sibuk carik nama adik, kitorang pun sibuk cari makna nama sendiri.. dari nama sendiri, pastu ke nama saudara mara, pastu nama sepupu-sepupu... bukan nak membantu papa nak cari nama adik puuunn.. nampak tak kitorang yang SANGAT MEMBANTU ni?? haaaa...
Lepas tu papa terjumpa nama AZRI... dan papa tukarkan jadi EZRY.. EZRY dengan ERNY.. perghh.. giler kreatif papa ni.. patutlah nama adik beradik kitorang semua susah sangat kalau ada orang nak menyebut..haha... then, tinggal nak cari nama belakang pula.. carik punya cari.. tetiba alang bagi idea...
"Pa, apa kata kite letak nama Danieal? Nama nabi kan? Bunyi pun best"
Jeng jeng jeng..
Dengan sokongan aku yang beria-ia papa amek nama tu, so papa pun setuju amek nama tu... jadilah
EZRY NORDANIEAL BIN AMRAN.. sedap nama tu...
Ehh..dah 10 tahun dah berlalu... ingat lagi aku..hehe..mana tak nya, satu-satunya adik lelaki.. jadi kesayangan pulak tu.. manja! mengade! gedik! gemok! semua ade!! hahahhaa...
Apa-apa pun SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN ADIK DANIEAL YANG KE-10 pada
10hb 10 2012 bersamaan dengan hari Rabu..
belajar rajin-rajin budak.. dah besar daaaa, pinggan basuh sendiri.. jangan orang suruh basuh pinggan adik pergi lari terus.. haha.. kentut jangan sepah-sepah lepas tu tak ngaku... nanti belanja angah Tutti Frutti tau! adik ade cakap nak belanja.. tipu eaaaaa... haha.. jangan kacau ateh tu.. die nak PMR.. nanti gaduh je korang kat rumah kan kan kan.. hadiah?? em.. hari- hari angah belanja, tak kan nak hadiah lagi..hahahaha....
*semoaga jadi abang yang baikkkk.. *wink wink
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!