Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

13 October 2012

Salah wanita bila tak pandai masak.Lelaki cool bila tak boleh jadi imam

Assalamualaikum....





Terpanggilnya aku untuk buat entri ni sebab baru jek bagun tidur terus aku buka FB.. bile ke ruangan HOME tetiba aku terbaca 1 status senpai aku pasal perempuan tak pandai masak.. menarik juga ni.. aku pun bacalah komen-komen mereka.. wah wah wah.. ada yang cakap 100 wanita 1 orang je pandai masak zama sekarang ni.. hamboi bang.. haha.. nak tergelak juga lah aku baca.. tapi dalam hati.. 100 jejaka pujaan malaya, berapa ramai yang boleh jadi imam solat lengkap 5 waktu plus baca doa-doa kecil? haaa...


Selalukan kita dengan makcik-makcik membebel pasal anak dara diorang tak pandai masak..



Rokiah: Anak aku tu dah 20 tahun. Mengemas rumah pun malas. Masak ape tah lagi.. Haram...

Timah: Anak aku si Milah tu, masak pun tak pandai. Malu aku Kiah! Sape lah yang nak kawen dengan anak aku tu..



Tapi tak pulak diorang sembang pasal anak lelaki macam ni..



Rokiah: Anak aku dah 20 tahun dah. Mengemas rumah pun malas. Mengimamkan solat.. Haram..

Timah: Anak aku Si Man tu, jadi imam pun tak pandai.. Malu aku Kiah. Sape lah nak kawen dengan dia.



"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"

"Habis kenapa tak belajar?"

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!"



Bagi lelaki tak sempurna wanita jika tak tahu masak.
Wanita sepatutnya buat begitu.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.



gambar sekadar hisan..hehee


Namu kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil insiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Kalau macam tu, kami kaum wanita boleh lah letak undang-undang macam tu pada kaum lelaki kan? Kalau tak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.


"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"


Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan Al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Kenapa nak salahkan perempuan bila diorang tak pandai masak dan senyap je bila lelaki tak boleh jadi imam? Mana lagi penting sebenarnya? Padahal dah terang lagi bersulu syariat bagi panduan yang lelaki adalah ketua keluarga. Tanggungjawab mereka mengimamkan solat untuk keluarga adalah wajib.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasaik jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Renung-renungkan dan selamat beramal.....




*aku pandai masak.. hehehe..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!