Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

22 September 2012

kerana hati menginginkan...

Bismillahhirrahmanirrahim...






Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku cantik di matamu.. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang.

Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup ku di muka bumi ini?

Astaghfirullah...

Kalau aku tidak ingin kamu memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku.   Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah berjanji perempuan yang baik untuk lelaki yang baik?

Aku beristighfar memohon ampunNya aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Andainya engkaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatimu juga hatiku..Cukuplah engkau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah, engkau akan mencintaiku keranaNya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga..

Aku mencintaimu kerana Allah.. Bukan kerana rupa parasmu, bukan kerana hartamu, bukan juga kerana kelebihan mahupun kekuranganmu..CINTAKU KERANA AGAMAMU... bawalah aku, bimbinglah aku bersama-sama ke Jannah

InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!