WOW! dah top list trending dekat twitter.. banyak jugak lah yang twit2 dan RT pasal UiTM Lendu.. i'm one of the student there.. ramai jugak kawan2 aku yang masuk pm, message aku, direct message asking what was going around at Lendu??
Sampai adik-adik aku kat rumah pon message and pm betol ke? siap tanya, kau ok tak kat sana? kau kena rasuk tak? kau hidup lagi tak? errk.. tak pernah plak aku rasa adik-adik aku ni secarring juniour macam ni.. aww~ suka mak~
Dengan secara tiba2nya LENDU jadi trending. Dan dengan secara tiba2nya semua sedar kewujudan kawasan LENDU.. nice ~
ok ok ok .. back to the point.. apa sebenarnya yang jadi dekat UiTM Lendu dihatiku ni? mula2 nak la aku cerita explain itu ini.. lama2 aku dah naik muak bila ramai sangat 'wartawan' dan 'polis kawasan' tak bergaji dan sukarela ni tanya macam2 sampai mengganggu aku nak tengok Adam Hawa sampai berkali2 aku pause.. dah tak feeling tau aku tengokkkk!! grrr~
apa yang orang luar tahu adalah kejadian hantu hantu hantu hantu... ok itu ada betulnya KOT.. tapi kejadian kat dalam, aku sebagai penghuni kolej kat dalam UiTM Lendu ni still selamat tak da kena kahwin dengan bunian hensem ke ape ke.. aku bersyukur dapat yang lagi hensem.. erk.. (selingan jap) :P
aceli aku ni dah seminggu lari dari kolej.. aku stay bermalam kat rumah kawan aku so tak banyak benda aku tahu. tapi ada juga la benda yang aku tahu.. Rasuk? Kena kacau? Kecurian? Histeria? Benda TERBANG2? apa yang aku dengar ada sesetengah kolej ada yang kena malam jumaat hari tu. tapi sejauh mana tu aku tak tahu la. so aku tak nak keluarkan statement apa2..
yang pasal kecurian tu, itu biasalah kan . kat mana2 pun ada kes macam ni. tapi jangan lah buatkan benda tu jadi terbiasa.. ye tak.. dah jadi trending dekat sini pasal kad bank Islam ramai yang hilang.. haaa.. aku pun tak faham kenapa and mengapa penyangak2 tu nak curik kad bank Islam. Yang paling best dia tahu pulak password2 korang yang dicuri tu eh.. Siap ada pengeluaran beratus2.. Desperate sangat nak duit buat kahwen ke ape? adoi~
So, lesson yang kita dapat kat sini, jom lah beramai-ramai kita tukar password yang orang lain tak tahu. Maksud aku, jangan guna password birthday korang. Mungkin yang 'desperate nak kawen' tu antara kalangan korang jugak. Bila dah sedar kad hilang, cepat2 la bekukan kad tu and buat baru.. haaa.. sebab ramai kawan2 aku kena..
Yang pasal histeria, hantu2 bagai tu.. erm.. aku tak tahu lah sejauh mana kebenaran dekat blog student ni Day Eighteen Blog.. itu mungkin pengalaman dia tengok sendiri. tapi sejauh mana aku tak tahu. tapi so far so good Alhamdulillah aku tak pernah lagi tengok just dengar2 cenggitu je la.. i just shut my mouth..
yang dah heboh pasal gambar ulik mayang tu aku rasa itu gambar lama.. sebab dia kata pasal event Citrawarna.. aku pon ade jugak join event Citrawarna last year.. ada jugak aku dengar pasal tarian ulik mayang and so on.. apa2 pon, sama2 lah kita jaga diri ya. kalau dah tahu yang itu yang ini tak boleh buat. ada pantang larang, korang janganlah carik pasal nak buat.. dah kena baru nyesal.. haaa
yang orang luar tak tahu pasal kitorang UiTM Lendu yang kat dalam ni, toksah lah nak twit2 pasal benda korang tak tahu nak tokok tambah.. sebab aku ada baca kemain best pulak citer di tokok tambah.. ehm... keadaan kat sini dah kembali aman dan terkawal.. hujan rahmat malam tadi sebagai tanda keadaan dah reda InsyaAllah..
maybe histeria2 ni semua di sebabkan STRESS.. ye la.. dah pertengahan sem.. final bulan March.. assingment berlambak for sure.. mana tahu ada jugak masalah bf gf kot. sampai macam ada masalah negara dibuatnya sampai stres.. aku yang dengar pun STRESSS!!
Kenyataan dari pihak MPP pun dah keluarkan statment dekat wartawan keadaan terkawal.. baca SINI.
and thanks for those yang doakan keselamatan student2 UiTM Lendu dekat sini. bila keadaan dah kembali aman, tak bermakna korang boleh tinggalkan bacaan yassin, dah boleh kotorkan balik toilet, dah boleh jerit2 suka suki.. 'mereka' tu makhluk Allah juga.. tinggal sama2 dengan kita.. diorang ada kat mana2 je.. so dah tinggal sama2, kenalah jaga keamanan bersama ye tak?
Ape2 pon sama2lah kita jaga diri, still ada connection dengan Allah.. InsyaAllah semua ok.. :D Tweet
assalammualaikum. yang pasal kecurian bank islam tu memang betul. sebab kawan2 baik diorang balik yang buat and tahu pasword2 tu. berlaku kat kolej saya. tapi dah kena tangkap dengan rs.
ReplyDeleteawak kolej tun merah ke?? level mana?
ReplyDelete