Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

20 December 2012

cuti bukan cuti bagiku

Assalamualaikum...


Habis je kelas aku terus balik ke bilik.. hati berbunga-bunga riang nyanyi lagu balik kampung..

Ooooo~ Balik kampung~
Ooo~ Balik kampung~

Al maklumlah.. UiTM dah start cuti mid-sem selama seminggu... esok Jumaat ada 3 kelas. 8:30pagi-12:30tengah hari. lepas tu sambung 4:30 petang-6:30 petang.. bila tengok timetable.. sayu je hati sebab kelas sampai lewat petang. tapi semua orang dah balik kampung..

tapi tapi tapi...

pensyarah yang baik hati dan cun melecun plus sir razif yang tuff lagi macho telah cancel kan kelas pada hari esok.. Sooooo..... ketiga2 kelas pada esok hari CANCEL!! dah tak sedih dah! yeayy 

tapi tapi tapi... *ada tapi lagi

lepas habis cuti a.k.a tahun depan, presentation menanti plus quiz quiz quiz menunggu kitorang.. arghh~ ini barulah 'bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian'..ehh??

aku dah list kan apa kerja-kerja plus assingment2 yang kena selesaikan masa cuti ni sambil dahi berkerut....





banyaknyeeeeeee kerja..  memang tak rasa cuti lah macam ni...duhh~ 
takpa takpa.. nak merasa dekan sebelum habis dip nanti.. tinggal 2sem je lagi. cepat betul masa berlalu ye.. ntah2 tak sedar cuti mid-sem dah habis.. huhu..

kad undangan kahwen kak Namee Roslan dan sampai.. yeayy..! tak sabar nak pergi.. sape tak nak pergi undangan kahwen blogger pemes tu kan kan kan :) *angkat2 kening

En Muhammad Atif Jauhari pulak sabtu ni pergi majlis kawen kak Maria Elena.. juga blogger pemes.. rupa-rupanya, suami kepada kak Maria Elena ni, merupakan kawan satu batch dengan En Muhammad Atif Jauhari ni.. OOoohh.. 

Dua-dua majlis ni berlangsung di Seremban.. tapi kitorang tak pergi sesama pun.. 


*tengah makan bubur buatan sendiri.. sekali menaip. dua suap sudu bubur masuk dalam mulut. hehe

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!