Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

14 January 2016

e-book mulakan business candy buffet



Ramai yang tanya macamana cara nak mulakan business? Sebenarnya, aku tak teragak pun nak start business secara serius. Semuanya secara cuba-cuba, suka-suka. Berangan tu selalulah. Nanti nak buat macam ni lah. Macam tu lah. Ini lah itulah. Modal? Yelek. Aku mula business pun secara jadi dropship. Asalnya duit hasil dropship tu nak buat modal. Kesudahnya .. tak pun.

Sebab dalam bank banyak naw naw duit kang. Pantang nampak barang best, laju je jari ni klik BELI. kihkihkih.. Takpelah. Aku anggap ini reward permulaan aku. Acah-acah motivasi gitu. Bermulanya business candy buffet ni kan, sebenarnya, saja-saja cakap je. Tetiba partner aku cakap, "jomlah buat. Why not kan?" Hari ni terpikir nak buat, esok tu dah pergi carik barang. haha. Macam tiba-tiba sangat kan.

Sebabnya, next week tu adik bongsu aku punya kenduri aqiqah. So kitorang ambil kesempatan tu untuk promosikan produk tu dan amek pengalaman first majlis di rumah sendiri.







Asalnya, nama business candy ni LOVE IS SWEET CANDY BUFFET.  Tapi bila nak daftar nama tu, rupanya nama tu dah digunakan. Nak tak nak on the spot juga kitorang kena pikir nama tu. Akhirnya, ni lah nama business kitorang. E&A SweetCandy yang telah didaftarkan di SSM.



Dari 1-2 tempahan, dah jadi  banyak yang tempah . Pengalaman tu semakin banyak, dan boleh meningkatkan lagi usaha dan penambahbaikkan. Aku tak cakap senang buat business. Mana ada yang mudah nak berjaya kan? Cubalah berniaga. Betulkan niat.



Nak berniaga candy buffet tapi tak tahu macamana nak start? Buntu? Sebenarnya aku sebelum start business ni aku ada beli e-book candy buffet dari awal sampai akhir sangat details dia kasi tunjuk ajar. Dalam RM60-70 aku beli.  Tapi nak share la dengan semua orang. Kalau sesiapa nak mulakan business ni, nak e-book ni aku boleh email dengan harga RM10 sahaja. Aku tak mau kedekut ilmu, tapi kita share-share pengalaman ok. Kalau nak e-book ni boleh whassap aku 019-6860659

jangan lupa lawat E&A SweetCandy ye! 




notakakicomel: berniagalah,kerana Rasulullah pun berniaga

16 October 2015

Senarai dokumen yang diperlukan selepas RESUME




Dulu rasa tak pandang sikit pun nak tengok check list untuk apply kerja sebab pikir tak nak kerja walau dah ada Master. nak jadi surirumah kononnya kan. tapi bila pikir sara hidup tinggi, takkan nak harapkan orang lain suapkan nasi sepenuhnya kat kita kan. So, ni checklist untuk lampiran dokumen penting mengikut turutan untuk dibawa ketika sesi iv nanti.. anyway, GOOD LUCK!!


DOKUMEN ASAL:

1- Kad pengenalan

2-Sijil kelahiran

3-Sijil berhenti sekolah

4-Siji SPM (asal)

5-Sijil STPM (asal)

6-Sijil Diploma (asal)

7-Transkrip Diploma(asal)

8-Sijil Degree (asal)

9-Transkrip Degree (asal)

10-Sijil/surat keterangan koko (universiti sehingga form 4)

11- Dokumen yang berkenaan





notakakicomel: pastikan dah susun ikut turutan sebelum iv. jangan bersepah dokumen hari pristiwa baru kelam kabut nak susun. dokumen yang photostat pastikan telah disahkan seperti penghulu, pengetua, guru besar,pengarah dan lain-lain. 

14 March 2015

adat dengki mendengki dalam business


Permulaan berjinak-jinak dalam dunia business ni dah lama aku start since masa diploma lagi. tapi sebagai agent dropship sahaja 1 produk kecantikkan. tapi tak lama. kejap. sekadar mencuba. aku giveup. cari customer bukan semudah datang duit sedebuk depan mata. nak dapatkan kepercayaan orang pun bukan senang. usaha tu kena ada. rezeki baru datang. aku pulak final semester diploma. so tak boleh nak carry on lebih-lebih sangat. *konon*

macam-macam dalam kepala otak ni nak buat business balik sekadar duit tambahan. sampai bila nak harapkan bulat-bulat duit mak pak kan sedangkan aku tak amek apa-apa pinjaman belajar. kihkihkih. nak start business balik since dah masuk degree bela haiwan eksotik. aku bela si landak(hedgehog) pada mulanya sekor. lepas tu jaga orang punya. ada orang kasi lagi. so dah membiak sampai 13 ekor kesemuanya. mula-mula aku larat la menjaga. sebab masing-masing masih menyusu. bila dah menginjak kanak-kanak yang boleh berdikari sendiri. aku pun tak larat . aku pun sibuk dengan event sana sini. kelas tarian. kelas gamelan. ouhhhhhh!! aku tak larat. bukan tak larat diri sendiri. tapi tak larat nak lebih fokus pada anak cucu kesayangan aku tu. akhirnya aku jual tinggal sekor. Allhamdulillah.

semester baru pulak since sekor landak anak aku tu sedang dijaga oleh orang lain. so aku rasa more fokus kalau nak buat business. mula dari business dropship jual jam. lama-lama aku terpikir. sebab rezeki datang banyak. why not aku buat business sendiri untuk kumpul duit kawen bilamana aku pikir apa function aku nak uruskan kenduri kawen. aku punya majlis. orang lain kena keluar duit.. aku? kahkahkah! sampai kesitu aku pikir.

walaupun bagi aku lama lagi. tapi aku rasa takkan la sebulan nak kawen hari ni baru kau nak start kumpul duit ye tak?? kalau kawen dengan anak datuk atau kau memang dah kaya tu lain cito lah kan. hihi..

so aku buat business sendiri. mula-mula bergerak secara solo. lepas tu ada share partner plak. dari idea nak jual apa semua. timbul plak nk jual lain. lepas tu keluar pulak idea nak buat cop sendiri. cop company tak da lagi. company pun tak dak! hoho..

Allhamdulillah. business baru seminggu. tapi dah berduyun2 parcel aku post. feedback sangat positif. best kerja sendiri rupanyakan. tak best kerja makan gaji iut bawah orang ni. tak percaya buat business sendiri. lagipun perniagaan di kan digalakkan Nabi. kalau kawen 4 kau laju kemain sebab nak ikut sunnah Nabi. why not kau buat business tambah pendapatan . :)




mungkin sebab niat nak kumpul duit kawen Allah benarkan. tu yang laju je rezeki datang bergolek2. tapi tak semestinya apa yang kau buat tu, orang suka. kan? biasalahhh.. nama pun dunia yang fana penuh dengan tipu muslihat.. :) :) :)

ada hamba Allah yang tak suka aku berniaga . katanya curi customer dia. sebab dia juga jual benda yang sama. tapi jauh lagi murah dari aku punya harga. bagi aku. kalau dah namanya REZEKI. sejauh murah mana pun jual. sejauh mahal mana pun jual. kalau customer (rezeki) nak datang nak beli dekat kau. maka berlakulah dia. Kunfayakun.. percaya pada rezeki masing-masing. percaya pada usaha itu tangga kejayaan. percaya pada niat yang baik Allah tolong. InsyaAllah.



bagi aku benda-benda macamtu tak adalah membuatkan aku down jatuh ke apa. lumrah hidup manusia. baru cabaran sikit yang datang. belum lagi cabaran yang lagi teruk aku dapat. macam-macam kerenah customer aku dapat. biasalah..kann..

untuk yang nak start buat business. pikir elok-elok. boleh ke hadap caci maki orang? income cukup? tak mudah giveup? sabar sangat? niat baik? yang mula-mula nak buat business aku sarankan tarik customer dulu seperti buat dropship. dah ramai percayakan kau. baru boleh buat business modal sendiri. kalau rasa boleh buat. sahut cabaran. sangat dialu-alukan. cari rezeki dimuka bumi Allah yang luas ni. sokongan dari keluarga, kawan-kawan pun sangat la bermakna walau tak guna wang ringgit. GOOD LUCK!!




notakakicomel: hati manyak senang .....

22 November 2014

1st GIVEAWAY ~ Sayang Anak ~ by MamaMuiz


huda takde sebab utama buat giveaway ini
niat di hati hanya ingin berkongsi pengalaman2 indah sepanjang 11 bulan anak soleh kami consume Shaklee
Sudi-sudikan lah diri semua untuk join yer..
dah tajuk giveaway pun pasal anak, mestilah hadiah ikhlas dari kami sekeluarga adalah  #setsayanganak dari Shaklee yang berharga RM 55 !! :)

Syarat-syaratnya mudah jer........

1. Wajib become my follower mamamuizlife.blogspot.com
2. Rajin2 kan lah like FB page Healthy Beauty Supplement Shop
3. Buat entry bertajuk - 1st GIVEAWAY ~ Sayang Anak ~ by MamaMuiz
4. Tepek banner dan backlink ke entry ini
5. Drop link entry kawan2 di ruang komen di bawah yer sebagai bukti penyertaan..

ITU SAHAJA !! Senang kan....

TAMAT : 11:59pm 30 November 2014


Blogger yg bertuah akan dipilih menggunakan khidmat Random.org. So fair laa kan...

Moh kite beramai-ramai join giveaway nie..
the more the merrier :)

Thanks semua !

pesanan penaja: open to all except SID and not limited only to whom have a kids 
(cewaah...speaking londong sikit..)

21 November 2014

Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015




Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015 kini bermula. Penyertaan dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2014.

Klik link dibawah banner untuk join! Jom semua, kita join :)

Semua yang join akan tersenarai dalam bloglist BuatWanita.Blogspot.Com untuk bulan Januari 2015 hingga bulan Jun 2015.



Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com


Thank you for your support!


14 November 2014

Hedgehog untuk dijual !


Hedgehogs untuk dijual!



 
Small (7 bulan+. first time mother)

 
Salt (1 tahun +. 2nd time mother)

Contact saya untuk keterangan lanjut !

ernynuryassmien@gmail.com (email)
019-6860659 (whassap sahaja)
COD Seremban/Melaka

Hedgehog: Salt & Small beranak serentak! (9 November 2014)


Bulan Nov. ni sangatlah buzy sebagai seorang student yang aktif ni. ada latihan tarian, latihan Gamelan, latihan flashmob, uruskan event. 9 november 2014 hari event. seminggu sebelum actual event aku selaku SU sangatlah buzy. tapi tetap curi masa nak memastikan anak2 hh bersih. Salt & Small bunting. tapi mengikut pengiraan aku Salt akan bunting pada hari selasa 11 Nov. (30hari). so no need to worry la kan buat masa tu. penat2 balik event ahad tu. dengan malam tu ada latihan gamelan tapi tak pergi sebab terlalu penat. saja tinjau anak2 hh. apalah diorang buat. sambil nak tambahkan makanan & minuman diorang. sekali masa nak tambah tu. cage Salt ada macam benda pink 2 ekor yang bergerak2. ehh ehhh.. da beranak! punya la suka sampai rasa nak jerit. hihi... lepas isi penuhkan makanan. nak penuhkan cage jiran sebelah. si Small. bunting jugak. dijangkakan bersalin pada 2 minggu lagi. tapii tapi.. ada benda pink berbulu tajam. keluar dari kotak rerumah . ehhh! beranak jugak??!! Allhamdulillah. sulah jadi nenek wo ... hehe.





happy tu tak yah ckp la. tapi still tak dapat tahu lagi anak diorang ada berapa ekor. so biarkan je la. lepas 4 hari diorang beranak. still nampak 2 ekor. eh. takkan diorang beranak 2 ekor je setiap sekor? hmm.. tak pa takpa. malam tu nak cek makanan n minuman diorang. ternampak la masing2 menyusu masing2 punye babies. sangatlah terharu sebak apa lagi nak cakap. sebab masing2 ada 4 ekor babies semuanye. yeayy.. so total hh yang ada sekarang 12 ekor.


syukur tak terhingga rasanya. orang cakap aku gadis pelik. sebab suka bela pelik2. hiks! tapi diorang lah tempat aku relese stress. lagi2 waktu kemuncak semester sekrang buzy dengan test, quiz assigment, project. tambah lagi aku aktif tarian etc. stress. yes! sangat stress. tapi aku tetap paksa diri ni untuk enjoy apa yang aku buat. bukan selalu masuk macam2 kan. dah kerje nak masuk lagi ke? hihi..malam tu tak leh tidur sebab happy punye pasal. sampai pukul 4lebih pagi buta kot terlelap sendiri. macam budak2 nak pergi rombongan esoknye pulak ketaksabran plus happy semacam. hehehe. hamster yang menduda tu pun. walau sekor. tapi cepat buat aku hilang penat. dia manja.! :) 



betollah kata orang. orang yang bela binatang ni, sentiasa berasa lapang dada. senang hati. betul. tak caya pergilah bela apa2 binatang. :)




notakakicomel: sesiapa nak beli hedgehog boleh contact saya ye. harga boleh bincang :)

Birthday Giveaway Embun Beauty House By Tengkubutang




Buat satu entri bertajuk : 
Birthday Giveaway Embun Beauty House 
By Tengkubutang
( Copy paste Banner diatas ke entri penyertaan korang..)

Syarat Wajib :
MESTI ada Facebook dan Blog

Follow Blog teman:
http://tengkubutang.blogspot.com/
Like Page Embun Beauty House..
(like terkini 660)

Like Page TeNgkuButang
(Like terkini 1494)

KOMEN "Al-Razi Terbaekk" di Gambar ----> INI
dan SHARE gambar tersebut secara PUBLIC di wall korang
(jangan skip langkah ini.. kami akan check satu persatu)

Follow TengkuButang Miaw & Embun Eiza untuk mudah mengetahui status Giveaway 
dan Pengumuman pemenang nanti..

Selepas dah settle semua syarat.. sila tinggalkan link penyertaan korang di ruangan komen entri ini.. kat tempat lain teman tak terima yea.. apa-apa pun.. Pemenang boleh jadi siapa2 aje tau sebab ia dipilih menggunakan random.org.. so.. apasalahnya mencuba.. ye tak.. kot rezeki korang lak kali ni.. Aamiinn..

Giveaway ini akan berlansung selama seminggu.. bermula pada 7/11/2014 sehingga 14/11/2014 jam 11.59 mlm.. (Jumaat).. (boleh join dah.. saja post sehari awal)

Berikut adalah senarai hadiah yang akan dimenangi oleh korang semua.. heee.. untunglah rezeki sape dapat kan.. Cuba je.. syarat pun tak susah mana.. heee..

Hadiah tempat Pertama :
Coklat Ferrero (16 biji)
|
|
|
V
Hadiah tempat Kedua
Tudung Bawal Ruffle

|
|
|
V
Hadiah tempat Ketiga
Alpha Arbutin Soap
Selamat mencuba yea semua.. teman hanya menunaikan amanah yang diberikan oleh Owner Embun Beauty House je.. jom kita sama-sama support beliau.. join yea.. jangan tak join.. heeee...

11 November 2014

GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM


Assalamualaikum...





Dengan ini bermula lah giveaway hujung tahun dari dianarashid.com dan sudi2 kan lah untuk sertainya kerana ada banyak hadiah menarik yang boleh kawan-kawan menangi.Berikut adalah senarai hadiah :-

Dish Wash Concentrate x 1 pemenang
Herbal Blend® Multi-Purpose Cream x 2 pemenang
telekung lycra x 1 pemenang
topup RM10 X 3 pemenang
Fridge magnet London + keychain (1 pemenang) 
Fridge magnet Malaysia + keychain (1 pemenang)
Topup RM10 x 1pemenang
Fridge magnet cameron highland x 4 pemenang
Shawl x 1 pemenang
Topup Rm10 x2
1 paket Mykoko rm39/500g x 1 pemenang
2 voucher KFC x 1 pemenang
baju muslimah x 2 pemenang
wang tunai rm50 x 1 pemenang
Home Binder 2014 x 1 pemenang


Syarat-syaratnya...:-

1- Buat satu entry bertajuk " GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM"

2- Like semua facebook page penaja(wajib ):-

















3- Follow blog penaja( wajib) :-



June ,  Fiza , Dila , Yumida , Parihh ,Eurukaseven , CekguNorazimah ,Veesandi  , Nadiah , Ujie , YatiAdam , Fizah@susunatursioca



4- Follow Instagram penaja (jika  ada)



@cikgunorazimah , @syidah_eda93



5- Add google + :-



Junainah   ,  Yumida



6- Tinggalkan link entry anda di entry ini 



jangan lupa letak kan link blog www.dianarashid.cm di bloglist anda supaya tak terlepas pandang apa2 update terkini.Tarikh tutup giveaway ini ialah pada 10-12-2014 .Pemenang dipilih melalui random.org .Keputusan akan diumukan sebelum 15-12-2014



Sekian..




10 October 2014

Hedgehog: Kos sebulan untuk hedgehog(landak mini) -newbie



dah berbulan-bulan bela haiwan exotic hedgehog(HH) ni capai satu kepuasan sebabnye HH ni senang nak menjaganya dan manja kalau dah betul-betul jinak. tips nak jinak kena selalu dukung, belai, borak-borak. (macam dia faham je kan)



setelah berbulan-bulan jaga HH, dari putus susu sambil dah gedegang macam tu, ramai juga tanya berapa kos bela HH ni memandangkan harga seekor di Pet Shop atau sesiapa yang breed , selalunya mencapai ratusan ringgit RM100-RM250.. kalau tak pandai jaga, melayang duit. kan?

orang ingat beli sekor je dah beratus, penjagaan (makan, tempat tinggal) pun mencapai ratusan jugak. takdelah. tak sampai beratus pun.



HH ni makan makanan kucing yang kitten punya. tapi kena tengok berapa kandungan fat dalam makanan tu. HH hanya dibenarkan antara 5%-15% sahaja. tak boleh lebih ye. selalunya owner HH akan beri makanan dari brand Royal Canin Kitten 36. saiz yang kecil sesuai untuk HH kunyah. brand ProDiet atau Blackwood pun boleh je. tapi kitten punya tau. Royal Canin(RC) (RM25/kg), ProDiet (RM10/kg), Blackwood tak tahu lah berapa. tak pernah pula guna. 1kg boleh guna untuk 2bulan memandangkan HH hanya aktif waktu malam. siang dia hanya tidur :)



air HH menggunakan filter water. kalau rasa rajin sikit, nak HH sihat tak cepat kena penyakit, ada vitamin khas untuk small animal. lain brand lain harga. aku guna selalu guna water vitamin kecik yang titiskan je dalam bekas minuman dia. RM13 tahan untuk 3 bulan.



tempat tinggal HH kalau nak guna sangkar bole sahja. makesure jangan guna sangkar jaring macam jaring halus. kaki HH kecik je. boleh menyebabkan dia luka bila berlari-lari. seeloknya guna storage box yang tempat simpan buku tu. 1 storage kat Jusco RM20. storage macam ni senang guna sebab senang basuh dan HH korang tak kan cepat keluar lari waktu malam. malam je aktif. so HH boleh panjat keluar dari storage/cage. sebab aku pernah gune storage yang sederhana tinggi. mula-mula boleh lah guna. dia kecik lagi. dah besar. dah makin aktif. kerap sangat hilang bila kita tinjau dia pagi-pagi. nak menangis carik dia. hishh..




Bedding wood mengikut jenama, selalunya akan jual dalam RM10 untuk 1 bundle. ade yang lagi murah. beli yang tak mudah hancur. nanti bila hancur cepat sangat, takut HH akan tersedut habuk kayu tu. dan boleh menyebabkan sakit. wood bedding ni depends on how long korang guna atau ganti bedding dia. macam aku memang seminggu sekali. untuk memastikan tempat tinggal HH sentiasa bersih. 2minggu sekali pun boleh. tapi kalau korang, nak ke duduk tempat yang kotor? macam tulah HH. punya hati dan perasaan kata kauu..1 bundle wood bedding tu boleh guna untuk sebulan kalau tukar semggu sekali.



Bekas makanan pastikan berat atau kaca sebab perangai HH yang mengada boleh jadi dia terbalikkan bekas makanan dia. hehe..  bekas minuman pula sebijik macam hamster punya.murah je ni. 

mandian pula guna air suam-suam. shampoo guna shampoo baby head to toe yang tak pedikan mata tu pun boleh. HH bukan nak kena mandi selalu pun. sebulan sekali pun boleh. tapi HH schedule aku memang kena mandi seminggu sekali. nanti bau hapak sebab dah lama tak mandi. hihi..

total permulaan basic untuk newbie yang nak bela HH:

Makanan         : RM 25 (RC)
Minuman Vit. : RM13
Storage box     :RM 20
Wood bedding :RM10
TOTAL:::::::::RM68 (untuk PERMULAAN) ** boleh tahan sampai 2 bulan.
 
tak banyakkan? untuk bulan-bulan hanya RM48 (2bulan). sebulan hanya RM24 je! tak mahal pun. permulaan sahaja yang makan belanja sikit. biasalah tu kan. :)



sekarang kena jaga 4 ekor pulak  :)



aksesori lain boleh je tambah-tambah bila ada duit lebih. macam travel bag ke. travel bag tengok la pada saiz dia macamana.senang nak bawa ke. HH aku punya travel bag memang bentuk macam handbang. so senang nak bawak jalan ke kelas ke, shopping ke. HH ni memang haiwan yang aktif ala-ala hamster. kalau nak beli wheel macam hamster tapi saiz besar pun boleh. terpulanglah pada owner.

kalau nak beli aksesori atau macam-macam pasal HH boleh ke Hedgehog World Malaysia.





notakakicomel : semoga cepat besar dan sihat ye anak2 :)

27 September 2014

Photo shoot Pre- Konvokesyen



Since ramai yang tanya kat mana aku amek photographer untuk shoot pre-convo aku masa bulan 5 hari tu, nahh... dekat Amir Dzulfakar ( FB) contact number (  0177456302 ). Segala pertanyaan boleh terus ke nombor yang tertera.

11 Mei 2014 bersamaa dengan Hari Lahir yang ke 21 jatuh pulak pada Hari Jubah UiTM.  tempah Amir sebagai photographer since tengok hasil kerja dia yang sangat memuaskan.  perjanjian di buat tempatnya di Pantai Klebang, Melaka.  sebab tak tahu pun nak buat kat mana. so Amir suggest kat situ pun boleh. bila pikir-pikir balik. area mana je yang cantik kat Pantai Klebang tu. erm.. takpelah. kita follow je lah kata photographer. sebab before this aku selalu shoot (model part-time) kat studio je. tak da pengalaman lagi shoot di pantai atas cahaya matahari.

pagi-pagi tepat pukul 8 pagi aku dan family ke Pantai Klebang katanya kena awal. nanti matahari naik. sidang aku pukul 2 petang so tak rasa risau je. shoot mungkin ambil masa sejam 2 sahaja bergantung kepada family aku yang tak pernah shoot posing spontan. so ada bagitahu Amir, kena pandai ambil mood family aku sebab diorang konform kekok. sebab tak pernah buat shoot ni. yes! in that time memang family aku kekok plus krikk kriikk.. kalau dapat mood family macam ni, senang je nak tarik perhatian kasi gambar cantik. sorang kena main peranan. memandangkan aku dah ada pengalaman, masa nak shoot gambar family, family aku tegak. tak senyum. erk. ini bukan gambar formal. yes kena faham situasi diorang. kita main peranan! masa diorang ready, aku mula berborak, sorang buat lawak, akan berjangkit ke seorang. dan seterusnya. dan kemudian ketawa tebahak-bahak. :P  that moment photographer sangat bijak shoot masa tengah santai. selepas setengah jam. family dah dapat mood. masa tu, kemain lagi family aku. lagi-lagi mama dengan papa. shoot berdua. ala-ala, konvo masa baru kahwin. alahaiii~~



















lepas tengok hasil yang (shoot and burn), ya Allah.. cantiknyaaa gambar niiii... berbaloi sangat-sangat. tunjuk pada family. diorang suka sangat. tak sangka gambar tu cantik macam ni.

so, memandangkan aku dah berpuas hati dengan khidmat dia. korang boleh try khidmat Amir ni. double thumbs up aku kasi!!




notakakicomel: :)