Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

13 December 2011

ACT LIKE A LADY, THINK LIKE A MAN..BAHAGIAN 1: APA YANG MENGERAKKAN MEREKA

*play this



haha..nampak menarik bukan...
 ni baru bahagian 1
dalam buku ni ada 3 bahagian..
bab 1 dalam bahagian 1 ni Miss E nak ulas sikit pasal isi yang terkandung dalam buku ni..
pada yang belum baca buku ni meh sini Miss E ceritakan di sini...

Tidak ada kenyataan yang lebih tepat. Lelaki adalah makhluk Tuhan yang tidak cerewet, tidak kompleks dan mudah.
Fahamilah kenyataan ini terdahulu. Kemudian barulah semua yang dipelajari mengenai lelaki masuk akal.  Selepas kamu memahami kenyataan ini, kamu akan mengetahui beberapa kebenaran yang terpenting.

Lelaki dipacu oleh siapa diri mereka, apakah pekerjaan mereka dan berapakah jumlah wang yang mereka perolehi.
3 asas yang menjadikan dia seorang LELAKI SEJATI sebelum dia berasa dirinya lelaki sejati.


Selagi lelaki itu belum  mencapai matlamatnya, selagi itulah wanita hanya dapat memainkan peranan yang kecil dalam hidupnya.
Lelaki tidak akan duduk diam, tidak berfikir untuk berkahwin ataupun berkeluarga sehingga 3 perkara tidak dicapai.

Bagi lelaki, sekiranya dia tidak memburu impiannya, sekiranya kami tidak memburu "SIAPA DIRI KAMI", "APA PEKERJAAN KAMI", dan "BERAPA BANYAK WANG YANG AKAN KAMI BUAT", itu bermakna mereka sudah kalah.

Tetapi, sebaik sahaja mereka sedar dan berasa impian itu dapat dicapai, mereka seolah-olah mendapat nafas baru.

*banyak lagi menarik yang ada dalam buku ini yang membuatkan kita ingin tahu...bacalah..
(jangan baca atau tarik buku ni bila Miss E tengah baca..buat panas hati je kacau orang tengah baca..huuhu....)

ACT LIKE A LADY, THINK LIKE A MAN



Act like a lady, think like a man sebuah buku yang membawa wanita masuk ke dalam peti fikiran lelaki dan menjelaskan konsep serta menjawab soalan berkenaan:


  • Hukum 90 hari: Adakan wanita juga perlu meletakkan lelaki pada tempoh percubaan?
  • Bagaimana mengenali 'Anak Emak' dan apakah cara bagi mengatasi situasi ini?
  • Bilakah waktu yang sesuai memperkenalkan bakal pasangan kepada keluarga?
  • Bagaimanakah membaca interaksi pertama antara keluarga dan bakal pasangan anda?
  • Lima soalan yang perlu diajukan kepada lelaki bagi mengetahui sama ada dia serius ataupun tidak dengan anda.

Dalam buku ni yang Miss E baca (baru baca saparuh buku) , merupakan sebuah pendedahan yang berani dan telus daripada seorang lelaki yang mendengar keluhan ribuan wanita pasal lelaki ni.
Try lah baca buku ni..
mulanya Miss E saja nak membaca..menarik juga isi kandungan buku ni..

*berusaha nak update setiap bab dalam buku ni..
^_^