Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

28 January 2013

off to Kuala Tahan, Pahang

Jumaat hari tu, tahu tak bertapa aku cool tapi dalam hati excited giler nak ke Taman Negara, Pahang ni.. yelah.. tak pernah pergi itu yang macam kanak-kanak riang bila nak pergi tu.. kesian~

di tambah pulak tengok tentatif program 3 hari2 malam yang cam wow wow tu.. siapa je tak excaited kan kan kan..




nak bagi tahu pagi hari tu aku dah gosok gigi :P




bila bas UiTM di hatiku dah sampai.. rasa nak lompat2 buat2 rebut dengan kawan pun ada.. *ok over sanad2!




yeayy.. inilah kanak2 riang yang asyik2 buli aku suruh tangkap gambar.. gambar aku sikit je.. jahat :'(

agak letih plus lenguh aku dalam bas since pukul 11 pagi sampailah ke pukul 7 malam.. tapi tidur tak lena dalam bas.. pakcik bas bawak drift sampai terpelangting2 kitorang dalam tu.. huhuhu




yeayy lagi sebab aku dapat bilik no 1.. bilik first yang best.. tengok luar tingkap boleh nampak rabbit lari2.. comel!




malam lepas dinner ada aktiviti beramai2.. mula2 sesi 'pecah ais'. lepas tu sesi kotak beracun.. fuhh~ aku tak kena.. tapi seksa jugak menahan perasan takot gabra sebab tak nak kena punishment.. huhuhu




next, pembahagian kumpulan.. yeayy yeayy yeayy.. aku group no 2.. ahli group sanad sporting plus kelakau..

nama group kitorang ialah KATAK.. erkk.. kenapa katak?? ok. mula2, kitorang kena buat 1 batchmark menggunakan kertas untuk buat nametag. mula2 kitorang lukis gambar katak comel. tapi bila tengok group lain yang dah siap menganyam lipat sana sini kitorang cam err.. apa kata kita buat lipat2 jugak.. hehe.. pastu aku cadangkan kita buat bentuk LOVE.. phew~

then next kitorang diberi sebiji telur, salotip, surat khabar lama.. kitorang dikehendaki membalut telur tu menjadi sebiji bola.. then kertas surat khabar dah habis tapi kitorang malas nak buang sampah then gunakan balik kertas gunting2 buat nametag tu.. 1 or 2 helai kertas tu still ada gambar katak. so kitorang lekat kan jugak dekat bola tu.. then bila di tanya nama group, tanpa fikir panjang terus letak KATAK as our name group.. hahahha!




23 January 2013

aku mengigau subjek economics!

hari ni aku ada 2 test.. listening test mandarin dengan quiz economics chapter 2: Supply and Demand (saje kasi detail :B )

malam tadi aku study macam2 sebab aku ingat quiz masuk chapter 2, 3,4.. so aku study la dengan bahagikan otak aku jadi 3.. kau baca chapter 2.. yang kau plak baca chapter 3.. yang kau ni plak baca chapter 4 tau tau tau!

tup tup tup.. dapat mesej dari classmate aku esok quiz masuk chapter 2 je.. krikk kriikk..
takpelah.. at least dapat gak la faham sikit ape yang aku study tadi.. #eh?

mujurlah aku ada siap nota sendiri.. so aku juz hapal nak gila berpandu pada nota and refer soklan pas2 sem.. sebelum tidur pun aku menghapal lagi sampai lelap (tapi tak tengok nota la. lampu dah tutup)

aku tak tahu plak sampai mengigau aku baca nota tu.. bercakap2.. duhh~


Demand is willingness, ability & desire of buyers bla bla bla...

Supply is willingness to sell bla bla bla...

Non price determinants bla bla bla....




(gambar selingan)
dari tahun lepas aku bela sampai sekarang tak da nama..boleh bagi idea?
dia ni mother to be.. tak lama lagi aku dapat cucu..wuwuwuuu



last year aku ngingau cakap mandarin.. haaamek kau! haha
kalau tiap2 malam macam ni boleh skor A+ aku.. hahaha...

aku ada search orang yang kuat ngigau ni dia stress.. tak cukup tido and..korang baca sendiri. hehehe..

tapi ada orang kata.. orang ngigau ni otak tengah berfikir.. genius.. #eh?

19 January 2013

ape korang rasa lepas tengok gambar ni?

ehem ehem..
dalam aku duduk aku berborak dengan roomate, tetiba jari aku gatal sangat nak scroll bawah bawah bawah kat newsfeed fb ni.. tetiba aku tersembur gelak terbahak-bahak tengok side SINI

aku panggil roomate cube tangok ini!!

tersembur roomate gelak.. ayoyoyo~ hahaha.. korang tengok ni apa korang rasa?




UiTM Alor Gajah, Lendu, Melaka in trending?

UiTM Lendu in trending dekat twitter??







WOW! dah top list trending dekat twitter..  banyak jugak lah yang twit2 dan RT pasal UiTM Lendu.. i'm one of the student there..  ramai jugak kawan2 aku yang masuk pm, message aku, direct message asking what was going around at Lendu?? 

Sampai adik-adik aku kat rumah pon message and pm betol ke? siap tanya, kau ok tak kat sana? kau kena rasuk tak? kau hidup lagi tak?  errk.. tak pernah plak aku rasa adik-adik aku ni secarring  juniour macam ni.. aww~ suka mak~

Dengan secara tiba2nya LENDU jadi trending. Dan dengan secara tiba2nya semua sedar kewujudan kawasan LENDU.. nice ~

ok ok ok .. back to the point.. apa sebenarnya yang jadi dekat UiTM Lendu dihatiku ni? mula2 nak la aku cerita explain itu ini.. lama2 aku dah naik muak bila ramai sangat 'wartawan' dan 'polis kawasan' tak bergaji dan sukarela ni tanya macam2 sampai mengganggu aku nak tengok Adam Hawa sampai berkali2 aku pause.. dah tak feeling tau aku tengokkkk!!  grrr~

apa yang orang luar tahu adalah kejadian hantu hantu hantu hantu... ok itu ada betulnya KOT.. tapi kejadian kat dalam, aku sebagai penghuni kolej kat dalam UiTM Lendu ni still selamat tak da kena kahwin dengan bunian hensem ke ape ke.. aku bersyukur dapat yang lagi hensem.. erk.. (selingan jap) :P

aceli aku ni dah seminggu lari dari kolej.. aku stay bermalam kat rumah kawan aku so tak banyak benda aku tahu. tapi ada juga la benda yang aku tahu.. Rasuk? Kena kacau? Kecurian? Histeria? Benda TERBANG2? apa yang aku dengar ada sesetengah kolej ada yang kena malam jumaat hari tu. tapi sejauh mana tu aku tak tahu la. so aku tak nak keluarkan statement apa2..

yang pasal kecurian tu, itu biasalah kan . kat mana2 pun ada kes macam ni. tapi jangan lah buatkan benda tu jadi terbiasa.. ye tak.. dah jadi trending dekat sini pasal kad bank Islam ramai yang hilang.. haaa.. aku pun tak faham kenapa and mengapa penyangak2 tu nak curik kad bank Islam. Yang paling best dia tahu pulak password2 korang yang dicuri tu eh.. Siap ada pengeluaran beratus2.. Desperate sangat nak duit buat kahwen ke ape? adoi~
So, lesson yang kita dapat kat sini, jom lah beramai-ramai kita tukar password yang orang lain tak tahu. Maksud aku, jangan guna password birthday korang. Mungkin yang 'desperate nak kawen' tu antara kalangan korang jugak. Bila dah sedar kad hilang, cepat2 la bekukan kad tu and buat baru.. haaa.. sebab ramai kawan2 aku kena..

Yang pasal histeria, hantu2 bagai tu.. erm.. aku tak tahu lah sejauh mana kebenaran dekat blog student ni Day Eighteen Blog.. itu mungkin pengalaman dia tengok sendiri. tapi sejauh mana aku tak tahu. tapi so far so good Alhamdulillah aku tak pernah lagi tengok just dengar2 cenggitu je la.. i just shut my mouth..

yang dah heboh pasal gambar ulik mayang tu aku rasa itu gambar lama.. sebab dia kata pasal event Citrawarna.. aku pon ade jugak join event Citrawarna last year.. ada jugak aku dengar pasal tarian ulik mayang and so on.. apa2 pon, sama2 lah kita jaga diri ya. kalau dah tahu yang itu yang ini tak boleh buat. ada pantang larang, korang janganlah carik pasal nak buat.. dah kena baru nyesal.. haaa




tapi apa aku dapat tahu, 'benda' tu bukan orang dari ulik mayang. tapi dari Siam.. apa nama dia eh.. aku dah lupa.. huhu..

yang orang luar tak tahu pasal kitorang UiTM Lendu yang kat dalam ni, toksah lah nak twit2 pasal benda korang tak tahu nak tokok tambah.. sebab aku ada baca kemain best pulak citer di tokok tambah.. ehm... keadaan kat sini dah kembali aman dan terkawal.. hujan rahmat malam tadi sebagai tanda keadaan dah reda InsyaAllah..

maybe histeria2 ni semua di sebabkan STRESS.. ye la.. dah pertengahan sem.. final bulan March.. assingment berlambak for sure.. mana tahu ada jugak masalah bf gf kot. sampai macam ada masalah negara dibuatnya sampai stres.. aku yang dengar pun STRESSS!!





Kenyataan dari pihak MPP pun dah keluarkan statment dekat wartawan keadaan terkawal.. baca SINI.

and thanks for those yang  doakan keselamatan student2 UiTM Lendu dekat sini. bila keadaan dah kembali aman, tak bermakna korang boleh tinggalkan bacaan yassin, dah boleh kotorkan balik toilet, dah boleh jerit2 suka suki.. 'mereka' tu makhluk Allah juga.. tinggal sama2 dengan kita.. diorang ada kat mana2 je.. so dah tinggal sama2, kenalah jaga keamanan bersama ye tak?

Ape2 pon sama2lah kita jaga diri, still ada connection dengan Allah.. InsyaAllah semua ok.. :D

13 January 2013

i feel like i loosing my self





I feel like I'm slowly losing my mind..



My mind races around soooo much.. and my mood changes so much lately, that I don't even know what the hell I'm feeling quite a lot of the time. Dah 'time' kot.. tu yang kejap2 nak sentap.. eh?? Hmm...
I've come so close to the person who believes in me so much. I need help and I'm trying hard to get it.. Ya Allah.. Help me.. I feel like running far away, but I can't.. Allah sedang mengujiku.. Maka aku harus bersyukur.. Alhamdulillah...



You never know what you have until lost it, and once you lost it, you can't never get it back. so, don't cry for what it lost, smile for what still remains.. :)




May Allah bless me, my family, my love and my everything.. Amin.

5 January 2013

kain sari for SALE

Assalamualaikum...

Aku baru je lepas hantar kain2 sari aku ke tailor untuk ditempah.. aku siap lakar sendiri design sekian2 macam mana yang aku nak. Asalnya aku nak beli kain chiffon + lining + rende untuk buat 2 dress peplum.. masa tengah shopping kain dengan puan mama, mata aku terpandang kain sari kat satu butik sari ni.. cantik.. so aku nak 1 kain sari untuk buat baju.. aku mintak 1.. tapi mama belikan 2.! yeayy! :D

kain sari ni kita boleh buat baju kurung, kebaya, kebarung, baju kurung moden (labuh/atas lutut).. kalau nak buat dress peplum tak sesuai guna kain sari.. :)

dah ramai orang buat baju guna kain sari walau masa pertunangan.. serius cantik! apa kata kalau kita guna style lain pulak kan.. asyik guna kain biasa je.. kita guna pulak kain sari! :D

Tapi tapi tapi.. kain sari dekat Malayisa bukan murah macam kain biasa.. lagi2 panjang nye 6meter.. mahalllll~

tengok harga dia.. sekali sekala tak pe kan.. mihmihmih

Sesiapa yang tengah mencari kain2 sari.. meh sini aku tolong carikkan..

Kain2 sari ni semua dari Belgaum, Karnataka, India.. apa yang best, harga dia ikot harga dari bumi India.. serius murah dari beli dekat Malysia! 

DI BUKA UNTUK TEMPAHAN!


Kain A = RM 160
Kain B = RM 100
Kain C = RM  80
Kain D = RM 180
Kain E = RM 100
Kain F = RM  60
Kain G = RM  60



A35 RM 160

A21 RM 160

B4 RM 100

B3 RM 100

B6 RM 100

A11 RM 100

B2 RM 100

B5 RM 100

A7 RM 160

B8 RM 100

A4 RM 160

B7 RM 100

A18 RM 160

A12 RM 160


A22 RM 160

A31 RM 160


A23 RM 160

D2 RM 180
F2 RM 60

C4 RM  80
Nak lagi banyak boleh tengok di Dr.Kain..

Untuk maklumat lanjut boleh refer pada En.Rashdan Roslan.. :)

Selamat membeli belah ! :D

4 January 2013

terkene panggilan hangit!

Bismillahhirrahmanirrahim...



Hari ni agak lapang sikit sebab kelas hanya 2 je. tapi gap lama gila antara 2 kelas. pagi sangat.. sampai petang dah nak maghrib.. huhu.. tapi tak pa.. sempat je tido lama2 petang tu. mihmihmih


ini nak cerita hari ni punya kessssss.. sungguh tak sangka aku kena panggilan hangit dengan pakcik Idris Hashim ayah kepada abang Atif.. huhu..cerita dia macam ni..


pukul 4:30 petang tadi aku ada class software.. selalu aku rajin SILENT phone.. tapi kali ni tak silent pulak. sebab aku dah bagitahu aku tengah kelas. so tak da sapa akan mesej aku. itu apa aku rasa la..

then, tengah class, lec tengah ber 'lecture' kat depan, tetiba phone aku berbunyi. kuat giler pulak tu! (sebab aku suka bunyi phone kuat2).. terkejut mak nenek la aku. tapii.. aku takot2 nak angkat.. sebab nombor unknown... lagi satu lec dah sound aku..


"Please silent your phone ok!" erkk.. alamakk.. haha.


*buat senyum nampak gigi dekat lec. tanda mintak maaf* summimasen. my bad.

tapi aku tertanya2 la.. siapkah? nak apakah? dalam kepala otak aku. aku terfikir. ini roomate aku kot (sebab dalam ramai2 roomate aku, aku ada nombor roomate aku sorang je. kejam kan?).. ni mesti Ruby (roomate) call ni.. mesti nak tanya pasal makan nak order ke tak. *memandai je. sebab memang tengah lapar*

tapi aku ada ragu2 jugak.. so aku tinggalkan pesanan kepada empunya nombor tu..


"Siapa ni? Nanti call tengah class"



SENT






then, aku lost kan kejap apa aku tengah fikir sebab aku ada kerja kena buat pasal apa yang lec bebel kat depan tu.. masa aku pergi dekat PC aku.. terdetik nak call balik nombor unknown ni.. entah2 roomate.. yeay! aku tengah lapar ni..!! *over*

aku sorok2 muka aku dekat PC.. nanti lec nampak tak memasal kena sound 2kali..


"Hello.. Siapa ni?" aku nak bagi salam. tapi ter 'Hello' pulak.

"Kerja dah siap? Kelas dah habis?" 

"Tengah buat kerja. Kejap lagi kena hantar pukul 6"


eh! dah la tak kenal. tak tahu siapa. tapi aku jawab je dengan detail apa ditanya.. duhhh~ ernyy ernyyyy...


"Siapa ni?"

"Ala.. awak kenal saya.. Saya pun kenal awak.."


ehhhhh! siapa ni? ber 'awak' ber 'saya'..aku dah cam... errr... suara macam lelaki dewasa. bukan budak2.. ehh..tak kan cikgu rahim *hahaha!*


"Siapa ni?! Siapa ni?!"

"Ala.. Saya kenal awak" duuhh~ rasa nak letak je.. dah lah ber 'awak' 'saya'..


aku dah cam tak tahu nak cakap apa pun ada.. dah la aku cakap tengah menyorok2.. memang cover habis la suara lunak gemalai aku. *over sat*


"Ni pakcik idris la...hahahah!"


aku apa lagi. terburai aku gelak! HAHAHAHHAHAAA!! duuhhh~ gua terkena~

pastu aku ada dengar suara latar tengah syok gelakkan aku jugak.. abg atiffffff!!!!! 


"tak da, saja kacau erny.." sambung gelak lagi..


dalam gelak2 tu.. "sakit lak ai hati ni..hahahahha!"

memang kaw2 aku gelak.. hahaha..
sampai kawan-kawan ada yang gelak sama sebab aku gelak ada yang buat signal diam. ada yang buat 'shhhh~~!!'.. hahaha!!


"pakcik mintak maaf lah ye..mintak maaf..saja je.." sambung gelak lagi.. haha.. memang gaya puas sangat pakcik idris kenakan aku..

"takpe2.." aku pun sambung gelak lagi..sungguh takku sangkaaaaa


dah end conversation aku terus sambung buat kerja sambil tersenyum geleng2 kepala.. anak dengan ayah sama je suka buat orang sakit perut gelak.. haha!



anyway, pakcik idris giler sporting habis la.. tak pernah kena panggilan hangit.. akhirnya terkena jugak..dengan pakcik idris pulak tuuuuuu....   nasib baik tak nangis.. kalau takk.. kenny rogers satu set! *hamboi* :D