Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

8 November 2013

kerana dia juga hamba Allah...


Setelah lama aku menahan dari menaip entri seperti ini, akhirnya aku gagahkan diri untuk meluahkan apa yang aku rasa. Selama ini aku menahan sahaja apa yang masuk ke dalam telingaku. Akhirnya, aku ingin memuntahkan segala isi hati aku setelah aku rasa waktu sekarang amat sesuai untuk aku memfokuskan diri menyusun baik-bait ayat agar tidak ada yang tersakiti.


Kenapa cara penyusunan ayat aku lain tidak sempoi seperti sebelum ini? Sebab bagi aku dengan cara ini aku dapat menyampaikan apa yang ingin aku sampaikan dengan lebih teratur supaya kita sama-sama dapat berkongsi bersama. InsyaAllah. :)




Kisah aku ini bukan untuk dijaja. tetapi aku ingin membawa apa yang ingin aku sampaikan sebagai seorang HAMBA ALLAH.



Aku tidak tahu dari mana aku ingin mulakan entri ini. Begini.. aku sedang ber'kawan' dengan seorang hamba Allah yang tidaklah sesempurna mana, kerana dia telah mengalami kemalangan jalan raya 3 tahun yang lalu dan sehingga kini masih tidak mampu untuk berjalan dan hanya bergantung kepada walking frame yang tetap setia berkhidmat. Dan aku percaya dia telah mengalami kecacatan kekal di ibu jari kaki meskipun 1 hari nanti dia dapat berjalan seperti biasa. Tetapi bukan kesempurnaan fizikan yang aku cari. Aku mencari kesempurnaa hati. ya! H.A.T.I    ! :)



sudah basi telinga keramat aku mendengar segala nasihat yang bagi aku itu bukan nasihat sebenar-benar nasihat.


"Tak payah lah kau dengan dia. Dengan kaki yang macam tu.."

"Mana padan dengan kau yang macam ni dengan dia yang macam tu.. Entah bila nak sembuh pun tak tahu"

"Eii.. geli je kau ni. dengan macam tu pun kau nak!"


Astaghfirullah.. sebenarnya tidak sampai hati aku ingin menaip apa yang telah diperkatakan oleh mereka yang berlagak sempurna ini. Tetapi aku terasa ingin juga sampaikan walau yang membacanya terasa patah semangat dan sewaktu dengannya.



"Aku kagum dengan kau Erny sebab kau tabah!"

"Besar pahalanya Erny kalau kita tolong orang. bukan pilih kasih cacat ke apa.."

"Kami mendoakan kalian! Teruskanlah memberi semangat kepadanya!"



Terima kasih kepada kalian yang berfikiran positif dan sentiasa ke depan serta punya 'rasa' itu. Aku tidak memerlukan pujian kalian apatah lagi membangga diri. Tetapi apa yang ingin aku sampaikan, masih ada lagi insan orang di luar sana yang tidak memandang kesempurnaan tubuh badan semata-mata. Tetapi punya hati yang berperikemanusiaan.





Aku sering kali meletakkan diri aku pada kedudukan seseorang. Bagi aku cara ini adalah lebih baik untuk kita muhasabah diri dan berfikir sendiri apa guna kita pada orang sekeliling? Aku jugak berfikir seandainya aku cacat sepertinya, kaki yang tidak mungkin akan sembuh, atau mungkin sembuh tapi mengambil masa bertahun, masih adakah yang ingin menerimaku? Lagi-lagi aku perempuan. Mestilah calon suami inginkan isteri yang sempurna tubuh badan. Yang terdaya melakukan kerja-kerja rumah tanpa pertolongan sesiapa pun.

Tapi ada kah lagi yang akan menerimaku seadanya? Waktu aku sihat tubuh badan adalah yang nak. Bila jalan mengensot nanti? Nauuzubillah.. Jika tiada jodohku di dunia. Temukanlah jodohku disana. InsyaAllah :')






Apa yang aku cari bukanlah duniawi semata-mata. Ramai yang mengganggap aku hipokrit semata-mata. kasihan je semata-mata. Mungkin sebab perangai aku yang selamba dan bukan seperti para muslimah yang lain yang menjaga perilaku. Aku adalah aku. Nak tunggu aku berubah? I will! Niat dah ada. Doakan! Jangan pandai kutuk . -,-"

Aku terimanya bukan sebab harta. Jauh sekali sebab kasihan. Kasihan itu tetap ada. Tapi jauh di sudut hati. Sayang itu. SubhanaAllah. aku tidak mahu menceritakan kisah cinta yang belum halal. Apa yang aku inginkan, doa kalian untuk aku dan dia. Tidak apa jika bukan jodohku bersamanya. Tapi apa yang penting dia dapat bahagia(ganjaran) setelah melalui dugaan Allah.





Kadang2 benda seperti ini yang dianggap remeh sebenarnya besar pada aku. Bukan dia sahaja diuji dengan dugaan yang berat seperti itu. Hilang jari. Kaki patah. Perbenlanjaan operation beribu riban. Orang pula buruk sangka dengan apa yang dihadapinya. Kaki tak sembuh walau dah 3 tahun kemalangan. Siapa tak tertekan?? Siapa tak rasa lemah semangat?? Walau nampak sewel sedikit disebabkan melindungi perasaan sedih sendiri dengan kegembiraan yang terpacar diwajahnya, tapi jauh di sudut hati yang tak meroyan tu, masih ada rasa sedih dan hampir patah semangat. Bagi aku, bukan dia sahaja yang diuji sebegitu. Tapi aku juga diuji oleh Allah sejauh mana kesetiaan aku terhadap hambaNya. Sejauh mana aku dapat bertahan walau orang2 dengan mulut busuknya mengatakan entahkan bila aku dapat menamatkan zaman bujangku nanti. Heii Heii.. aku baru 20 ohkay! Masih ada masa. Jodoh itu ada. Tidak di dunia. Nanti di sana. jangan nak ceramah dekat aku yang degil ni! Shuhhh! Shuuhh!

Aku masih seorang pelajar yang tidak punya apa. Harta yang ada kepunyaan keluarga. Aku hanya menumpang senang hasil titik peluh kedua ibu bapaku. Aku tidak punya kerjaya. Jadi bagaimana aku dapat meringankan sedikit bebannya dengan hutang operation yang melambung? Hanya sedikit kata semangat, segenggam sayang, sepenuh kesetiaan, dan sekalung doa yang dapat aku berikan setakat ini yang termampu. Cukuplah itu sebagai penguat semangat untuk terus tabah dengan segala ujian Allah. Allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan dia mampu.


kerna kita juga hamba Allah......






notakakicomel: ikhlas tak boleh cakap.

2 comments:

  1. be strong erny! abaikan mulut2 yg cirit tu. I know you can! Heart is the most important thing other than anything else. aku sayang kau! be strong utk dia dan awak! smg halal secepatnya! amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih untuk nasihat kau kawan ! thanks koz always positif. :) sayang kau jugak. doakan ye. .. insyaAllah. kalau ade, ade lah. yang penting dia sihat. itu dah cukup buat kite semua hepi :)

      Delete

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!